☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Ogos 2025

Ducati Malaysia Lancarkan Panigale V2 Baru - Bermula RM125K

Ducati Malaysia hari ini telah melancarkan dua model terbaru iaitu Panigale V2 dan Multistrada V2 yang menawarkan rekabentuk dan spesifikasi yang lebih premium dan terkini. Hadir memeriahkan majlis pelancaran ialah EN. Rizal Jailand, CEO Naza Automotif Holdings, En. Philipp Moeller, COO Ducati Malaysia dan EN. Nadzrey, Ducati Expert.

"Panigale V2 dan Multistrada V2 baru ini merupakan model baru yang mempunyai inovasi seimbang dari segi prestasi dengan gaya. Ia menawarkan pengalaman menunggang yang lebih baik dan lebih mudah buat para peminat motosikal di Malaysia. Kami juga cukup menghargai sokongan daripada para pengedar dan komuniti motosikal di seluruh negara," kata En. Rizal Jailan.

Kedua-dua jentera menggunakan enjin bersesaran 890cc V2 yang kini patuh regulasi Euro5+. Enjin v-kembar ini hanya seberat 54.4kg - 9.4kg lebih ringan berbanding Superquadro 955. Intake Variable Timing (IVT) ini menawarkan hantaran kuasa yang lancar pada kedudukan rpm rendah dan kini pemiliknya hanya perlu melakukan pemeriksaan injap setiap 45,000km. (Lebih jimat berbanding versi sebelum ini).

Panigale V2 merupakan model supersport silinder-berkembar yang paling ringan dari Ducati dan direka istimewa untuk semua golongan penunggang untuk memecut laju dengan penuh keyakinan. Rekabentuknya dari Panigale V4 yang disempurnakan dengan lampu utama jenis LED, rekaan luaran yang aerodinamik termasuklah bahagian belakang yang diambil daripada inspirasi-MotoGP.

Panigale V2 baru ini menyambung tradisi perlumbaan Ducati yang terdiri daripada RIngan, Intuitif, Mudah dan Hantaran Kuasa yang cukup mantap. Berbanding dengan model sebelum ini, V2 baru ini 17kg lebih ringan dan didatangkan dengan pelbagai bantuan elektronik. Model ini hadir dengan Mod Tunggangan yang memboleh pemiliknya menikmati perjanan dengan selamat.

Kali ini, Panigale V2 baru lebih ringan (- 17 kilogram) berbanding Panigale sebelum ini. Panigale ini juga disempurnakan dengan enjin serba baru, 890cc yang berkuasa 120hp pada 10,750 km/j dan tork 93.3mm pada 8,250rpm. Sistem elektronik yang dipadatkan pada model ini terdiri daripada Mod Tunggangan (Race, Sport, Road dan Wet), Cornering ABS, Traction Control, Wheelie Control, Engine Brake, Quick Shifter 2.0 dan sistem ABS yang juga berinteraksi ketika jentera ini di dalam sudut miringan (Cornering ABS).

Kesemua talaan ini dilakukan dan dilihat menerusi panel meter jenis TFT bersaiz 5-inci yang menawarkan tiga jenis paparan seperti Mod Road, Mod Road Pro dan Mod Track.

Antara ciri-ciri menarik yang lain ialah:

  • Brek Brembo M50
  • Tayar Pirelli Rosso bersaiz 120/70 (depan) dan 19-/55 di belakang
  • Ducati Link App yang boleh disambungkan pada telefon pintar.

Harga jualan untuk model ini bermula dari RM125,000. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).