☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Oktober 2025

Honda Eropah Perkenalkan CB1000F 2026 - Inspirasi Gaya Retro

Honda Eropah telah mengumumkan kehadiran model terbaru ke dalam siri CB iaitu CB1000F 2026. Ia merupakan sebuah model neo-retro naked bike yang menggabungkan gaya klasik dengan teknologi terkini.

Dikenali dengan desain ikonik yang mengingatkan kepada era 1980-an, namun begitiu CB1000F tampil dengan ciri-ciri moden yang menarik minat penunggang dari pelbagai lapisan.

Cover Set depan ditawarkan sebagai aksesori pilihan.
Cover Set depan ditawarkan sebagai aksesori pilihan.

Honda CB1000F 2026 tetap mengekalkan rekabentuk retro yang mengingatkan pada model CB750 dan CB900F yang terkenal di zaman dahulu, namun diperkemaskan dengan ciri-ciri moden seperti lampu depan bulat LED dan tangki bahan api teardrop. Ia menghidupkan semual warisan perlumbaan sepertti yang pernah dikuasai oleh lagenda MotoGP, Freddie Spencer.

Rekabentukl luaran dan corak grafik mengambil inspirasi dari model CB750F yangt digunakan oleh lagenda MotoGP, Freddie Spencer dalam perlumbaan AMA Superbike pada era 1980-an dulu. Dengan pilihan warna klasik seperti Merah Candy dan Biru Pearl, motor ini membangkitkan nostalgia untuk penggemar motosikal zaman klasik.

Ditenagai oleh enjin 1000cc, 4-silinder, yang diambil dari CBR1000RR Fireblade (model tahun 2017) yang telah ditala semula untuk lebih mesra dan sesuai untuk tunggangan jalan raya biasa.

CB1000F mampu menghasilkan kuasa maksimum setinggi 122hp dan tork 103Nm, memberikan pecutan yang mengagumkan di setiap kelajuan. Dengan sistem elektronik canggih seperti IMU 6-paksi, sistem ABS dan mod tunggangan yang terdiri daripada Standard, Sport, Rain dan User.

Antara ciri-ciri elektronik menarik lain ialah Honda Selectable Torque Control, Emergency Stop Signal (ESS), Honda RoadSync, Sistem Navigasi, Sistem Kunci Pintar, Sistem Slipper Clutch, Sistem Cornering ABS, Engine Power (3 tahap) dan kesemuanya boleh ditala dengan mudah menerusi panel meter TFT 5-inci serba baru.

Pergerakan jentera ini dikawal oleh sistem saspensi padu. Fork hadapan jenis terbalik (USD) dengan Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP) yang digabungkan dengan penyerap hentak tunggal dari Showa.

Tayar hadapan bersaiz 120/70ZR17M/C (58W) manakala di belakang 180/55ZR17M/C (73W) yang dipadankan dengan brek-brek cakera (310mm depan & 250mm belakang) beserta ABS.

Peningkatan kepada sistem ekzos (4-2-1)  yang menghasilkan bunyi lebih mantap khususnya dalam putaran enjin tinggi. Apa yang dirasakan 'kekurangan' pada model ini ialah ketiadaan sistem Quick Shifter yang ditawarkan sebagai aksesori pilihan.

Pastinya ketibaan CB1000F ke pasaran negara ditunggu-tunggu oleh peminat dunia retro. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.