☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 November 2025

Yamaha Motor Lancar Dua Skuter Elektrik Untuk Pasaran India, AEROX-E & EC-06

India Yamaha Motor Pvt. Ltd. melangkah ke dalam dunia mobiliti elektrik apabila melancarkan dua model skuter elektrik iaitu Yamaha Aerox-E dan EC-06. Kedua-dua model ini dijangka akan berada di pasaran India menjelang suku pertama tahun 2026.

Aerox E
Aerox E

Aerox-E dibangunkan berasaskan kejayaan model Areox 155 yang menggunakan bahan api jenis petrol, namun kini tampil dengan sistem pacuan elektrik sepenuhnya. Model ini dilengkapi motor berkuasa 9.5kW (12.7hp) dan tork setinggi 48Nm. Terdapat dua unit bateri boleh tanggal yang masing-masing berkapasiti 1.5kWH pada jentera ini yang memberikan jarak tunggangan sekitar 106 kilometer dengan cas penuh.

Dari segi kelengkapan, Aerox-E menawarkan ciri-ciri moden dengan adanya tiga mod tunggangan (Eco, Standard & Power), fungsi "Boost", mod undur, lampu-lampu LED, meter TFT, brek-brek cakera sistem ABS dan berak sekitar 139kg.

EC-06
EC-06

Sementara itu, EC-06 pula sesuai untuk tunggangan harian bagi mereka yang mahukan sebuah jentera selesa serta jarak tunggan lebih jauh. Model ini didatangkan dengan motor elektrik 4.5kW yang mempunyai kuasa puncak sehingga 6.7kW (9hp) bersama bateri tetap berkapasiti 4kWh yang mampu menggerakkan skuter ini sejauh 160 kilometer.
 

Model ini boleh menggunakan sistem pengecasan rumah biasa dan untuk penuh hanya mengambil masa sekitar 9 jam.  Dari segi reka bentuk, EC-06 menampilkan gaya ringkas dan elegan dengan roda 14 inci, fork teleskopik di hadapan serta sistem suspensi berkembar di belakang bagi keselesaan optimum. Selain itu, model ini tampak bergaya dengan penggunaan lampu jenis LED, paparan meter digital berwarna dan ruang simpanan bawah pelana bersaiz 24.5 liter. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.