☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 November 2025

QJMOTOR SRK 250 RD Secara Rasminya Dilancarkan - RM21,888

Segmen motosikal 250cc empat silider kembali meriah apabila QJMOTOR dan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan model terbaharu untuk pasaran negara iaitu SRK 250 RD yang di lancarkan di  kilang QJMOTOR di Tanzhou, China.

Dari segi rekabentuknya memang cukup unik, futuristik serta nampak premium dengan mengetengahkan rekaan aerodinamik dan menampilkan sepasang lampu utama LED yang menawarkan imej moden dan garang. Bahagian belakang pula sangat sporty yang turut dipadankan dengan lampu jenis LED.

SRK 250 RD menggunakan enjin 249cc empat silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 40.2hp pada 15,500rpm dan tork sekitar 22Nm pada 12,500rpm.

Untuk tampak lebih premium, bahagian hadapan dilengkapi fork jenis terbalik (USD) dari Marzocchi yang meningkatkan kestabilan ketika mengambil selekoh. Manakala bahagian belakang pula menggunakan penyerap hentak tunggal Multi-link dengan pelarasan Preload. 

Selain itu, sistem brek cakera depan 320mm dan belakang 240mm dipadankan bersama brek kaliper dari Brembo. Model ini juga mempunyai sistem ABS dua saluran. Kelengkapan lain termasuklah paparan meter TFT 7-inci, Traction Control, tinggi pelana 808mm, berat 176kg, TPMS, Dashcam (depan & belakang) dan tangki bahan api 16 liter.

Untuk pasaran Malaysia, QJMOTOR SRK 250 RD ditawarkan pada harga asas bermula RM21,888. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.