☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Disember 2025

ZXMOTO 500F Gaya Retro Masa Kini

Beberapa hari lepas kami ada kongsikan model baru yang berjaya menambat hari peminat jentera Sport di EICMA dan kini perkenalkan pula model jalanan dengan asas enjin yang sama iaitu 500F. Yes..model baru ini pula menampilkan rekabentuk retro yang pastinya menarik minat ribuan para peminat dua roda tidak kira muda atau tua.

Seperti ZXMOTO 500RR, model ini turut disempurnakan dengan enjin 470cc, 4 silinder sebaris yang berkuasa (sedikit rendah) iaitu 73.4hp pada 11,00rpm dan tork 48Nm pada 9,500rpm. Untuk menjamin kestabilan khususnya dalam kelajuan tinggi, 500F dilengkapkan dengan kerangka 'double-cradle' dengan struktur trellis.

Sistem pencahayaan jenis LED dengan lampu depan hadir dengan rekabentuk bulat. Turut diselarikan dengan konsep itu, panel meter digital dan cermin sisi juga diberikan bentuk retro (bulat). Pelananya luas dan empuk manakala posisi menunggang juga tegak selesa manakala bar hendalnya juga berada di posisi yang sempurna.

Fork hadapan jenis terbalik boleh laras, siap dengan peredam manakala di belakang menggunakan penyerap hentak tunggal. Tinggi pelana hanya 795mm yang sesuai untuk semua jenis penunggang, termasuk 'rider' wanita.

Berat? Hanya 175kg...satu lagi ciri-ciri yang membolehkan 500F ini bakal disukai ramai. RR

Spesifiasi Ringkas ZXMOTO 500F

  • Isi tangki: 15.5 liter
  • Tapak roda: 1,395mm
  • Tayar hadapan: 120/70 ZR17
  • Tayar belakang: 180/55 ZR17
  • Brek hadapan: 2 x 300mm + ABS + Traction Control
  • Brek belakang: cakera tunggal 220mm + ABS + Traction Control

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).