☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Disember 2025

Kawasaki ZX-4R ABS Bakal Dilancarkan Tahun Depan?

Pasaran jentera sportbike nampaknya akan lebih meriah jika...model baru Kawasaki ZX-4R dilancarkan di Malaysia tahun hadapan. Walaupun tidak ada kenyataan rasmi daripada Kawasaki Malaysia berhubungan model ini tetapi RR rasakan model ini pastinya akan hadir ke pasaran kita tidak lama lagi.

Kawasaki ZX-4R ini didatangkan dengan enjin 399cc, empat silinder sebaris, DOHC, 16 injap memberikan kuasa 56hp pada 11,500rpm dan tork 39Nm pada 11,000rpm. Turut ditawarkan ialah pelbagai sistem elektronik terkini seperti Economical Riding Indicator, Assist & Slipper Clutch, Kawasaki Traction Control (KTRC) (3-pilihan), Riding Modes, Power Modes dan Anti-lock Brake System (ABS).

Dari segi rekabentuk, nampak sama dan tidak jauh bezanya dengan ZX-25R yang hadir dengan lampu-lampu LED, panel meter TFT bersaiz 4.3-inci yang juga didatangkan dengan aplikasi Kawasaki “RIDEOLOGY' yang dihubungkan dengan telefon pintar.

Casisnya dihasilkan dari inspirasi jentera perlumbaan WorldSBK yang kompak dan bertegaran tinggi. Pengendalian yang tepat dan mantap disumbangkan oleh fork hadapan USD dari Showa dengan SFF-BP dipadankan dengan penyerap hentak horizontal dari Showa.

Tayar hadapan bersaiz 110/70-17 manakala di belakang 160/60-17 yang dilengkapkan dengan sistem brek jenis cakera (290mm depan/220mm belakang) beseta sistem ABS dan semestinya sistem Traction Control. RR

Spesifikasi ringkas:

  • Tinggi pelana: 800mm
  • Tapak roda: 1,379mm

  • Isi tangki: 15 liter
  • P x L x T: 1,988 x 764.5 x 1,109mm
  • Berat: 188kg

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.