☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Disember 2025

Triumph Thruxton 400 & Tracker 400 2026

Triumph Motorcycles global memprkenalkan dua model baharu untuk barisan segmen motosikal 400cc mereka bagi tahun 2026. Dua model tersebut ialah Thruxton 400 dan Tracker 400.

Thruxton 400
Thruxton 400

Kedua-dua model ini dikuasakan dengan enjin baharu iaitu TR-Series 398cc satu silinder, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi 6 kelajuan bersama sistem slipper clutch boleh menghasilkan kuasa 41.4hp pada 9,000rpm dan tork 37.5Nm pada 7,500rpm.

Jentera ini didatangkan dengan enjin yang sama tetapi kedua-dua model menampilkan watak dan gaya yang berbeza. Thruxton 400 hadir dengan rekabentuk motosikal cafe racer klasik dengan sentuhan moden. Model ini dilengkapi dengan bar hendal jenis clip-on, tempat meletak kaki belakang lebih sporty serta fairing hadapan yang memberikan penampilan tajam dan aerodinamik.

Manakala untuk Tracker 400 pula diinspirasikan daripada motosikal flat track yang menampilkan gaya sporty dan garang dengan posisi tunggangan lebih santai. Bar hendalnya lebih lebar manakala kedudukan tempat meletak kaki diubah untuk kawalan lebih optimum. Model ini tampak menarik menerusi tangki bahan api gaya tracker, papan nombor khas, cermin penghadang angin kecil di hadapan dan tayar jenis dual-purpose.

Tracker 400
Tracker 400

Walaupun mengekalkan gaya rekabentuk seperti motosikal klasik, Thruxton 400 dan Tracker 400 disempurnakan dengan ciri-ciri model seperti sistem ABS, Traction Control (boleh off), lampu-lampu LED, torque-assist clutch, ride-by-wire serta paparan meter digital dan analog. 

Manakala kelengkapan lain yang ada termasuklah tayar hadapan 110/70-R17, tayar belakang 150/60-R17 (tracker), tinggi pelana 805mm (Tracker) & 795mm (Thruxton), berat 173mm (Tracker) & 176 (Thruxton), tangki bahan api 13 liter, forkm USD 43mm dan penyerap hentak tunggal belakang bergas RSU dengan pelarasan pra-beban.

Kedua-dua model ini bakal berada di pasaran global pada tahun 2026 di mana Tracker 400 dijangka berada di bilik pameran sekitar April 2026 dan Thruxton 400 akan mula tiba di pengedar sekitar Mac 2026. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.