☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Februari 2026

Triumph Speed Twin 1200 Edisi Cafe Racer: Hanya 800 Unit Di Seluruh Dunia

Triumph Motorcycle telah memperkenalkan model terkini iaitu Speed Twin 1200 Edisi Cafe Racer. Model ini dihasilkan berinspirai gaya legenda cafe racer klasik dari British tetapi disempurnakan dengan teknologi moden dan enjin yang prestasi tinggi.

Dipadankan dengan gaya unik dan eksklusif, hanya 800 unit dihasilkan untuk pasaran dunia. Setiap satu unit juga disertakan dengan Sijil Ketulenan untuk jadikannya koleksi yang benar-benar istimewa.

Speed Twin 1200 Edisi Cafe Racer dikuasakan oleh enjin 1,200cc, kembar parallel twin 1,200cc menawarkan hantaran kuasa 103.5 bhp pada 7,750 rpm dan tork 112Nm pada 4,250rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang menanti pemilik Triumph ini ialah Triumph Shift Assist, Mod Tunggangan (Sport, Road, & Rain), Optimised Cornering ABS, Traction Control, sistem Sambungan Telefon Pintar, soket USB-C, Sistem Navigasi, panel meter TFT berwarna penuh.

Untuk prestasi cemerlang di semua jenis laluan, model Edisi Terhad ini hadir dengan fork hadapan Marzocchi 43mm boleh laras dan penyerap hentak Ohlins di belakang. Tayar hadapam bersaiz 120/70 R17 manakala di belakang 160/60 R17 yang dipadankan dengan sistem brek premium Brembo Stylema M4.30 (cakera 320mm depan/220mm belakang).

Triumph Speed Twin 1200 Edisi Cafe Racer dikemaskan dengan skema warna dan rekacorak eksklusif dari British Racing Green. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.