☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Mac 2026

Zontes Perkenalkan Empat Model Siri 368. Garang! Premium! Moden!

Zontes Malaysia telah melancarkan empat buah model terbaru untuk siri 368 yang terdiri daripada Zontes 368D (RM23,800), Zontes 368E (RM25,800), Zontes 368K (RM27,800) dan Zontes 368G (RM28,800). Lebih menarik, keempat-empat model ini dibahagikan dalam ‘Geng4Ride’ dibezakan menerusi gaya yang unik dan corak tunggangan.

Zontes 368D untuk Geng Stylo - lebih fokus untuk mereka yang ingin bergerak dengan pantas di dalam kawasan bandar. Dengan rekabentuk yang kompak dan ringan (175kg), 368D lebih 25kg lebih ringan berbanding model 350D, ia sudah tentu menyumbang kepada pengendalian yang lebih lincah.

Zontes 368E memang sesuai untuk Geng Convoy. Model sebelum ini (350E) telah pun mendapat sambutan yang sangat positif oleh para peminat kembara motosikal. Ia digunakan untuk menikmati perjalanan di dalam negara dan ke luar negara. Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh model ini ialah Pemanas Grip, Pemanas Pelana Ruang Pemijak lebih besar,  Ruangan bawah pelana sebesar 50 liter dan terdapat dua warna disediakan iaitu Kelabu dan Hitam.

Geng Healing diberikan kepada Zontes 368K yang bukan sahaja hadir dengan enjin tetapi juga rupabentuk yang cukup cantik serta ruang kaki lebih luas.

Model K hadir dengan lampu-lampu LED projektor dan windsheild pelarasan automatik. Respon panel Meter TFT baru juga ini lebih cepat, jelas dan tidak ada gangguan. Model ini juga didatangkan dengan sistem Cruise Control dan Ride by Wire yang memberikan dua mod tunggangan iaitu Sport (S) dan Touring (T).

Geng Explorer pula dikhususnya untuk para pemilik 368G. Ya..model yang cukup popular ini turut mengalami perubahan yang ketara seperti panel meter baru, sistem autocruise, mod tunggangan S dan T, ekzos baru dan penyerap hentak depan/belakang juga yang baru. Turut ditawarkan ialah dua varian berbeza iaitu Standard dengan tinggi pelana 770mm manakala Varian High dengan pelana yang setinggi 795mm.

Pada dasarnya, keempat-empat jentera baru ini disempurnakan dengan enjin 368cc silinder tunggal yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 38hp pada 7,500rpm dan tork maksimum 40Nm pada 6,000rpm. Ciri-ciri elektronik yang dikongsikan oleh keempat-empat model terdiri daripada Bosch Electronic Control (ETC), Cruise Control, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), sistem ABS, Mod Tunggangan S & T, Traction Control, Kamera Dash dan Zontes Smart App 3.0 (informasi tunggangan, sejarah perjalanan dan lain-lain). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.