☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Mei 2026

Triumph Trident 660 (2026) Versi Naik Taraf Masuk Pasaran Negara - RM47,900

DIDI Group selaku pengedar jenama Triumph di Malaysia memperkenalkan versi terkini Trident 660 untuk pasaran Malaysia yang menampilkan naik taraf terbesar setakat ini bagi model roadster kelas pertengahan.

Antara pembaharuan utama adalah pada bahagian enjinnya yang ditala semula menerusi enjin tiga silinder 660cc bersama sistem penyejuk cecair. Hasilnya, jentera ini mampu menghasilkan kuasa sekitar 94hp dan tork 68Nm berbanding versi sebelum ini  yang ditawarkan kuasa 81hp dan tork 64Nm.

Trident 660 kini menampilkan rekabentuk yang lebih tegap menerusi panel badan yang serba baharu. Bahagian tangki bersaiz 14 liternya juga turut dikemaskini dengan rekabentuk yang lebih lebar.

Walaupun model ini mengekalkan kelincahannya yang merupakan identiti utama, bahagian casis turut ditambahbaik untuk pengendalian yang lebih baik. Bahagian suspensi belakang menggunakan unit monoshock Showa baharu dengan pelarasan pra-beban dan preload manakala hadapan kekal dengan fork USD Showa 41mm SFF-BP.

Sebagai model untuk tahun 2026, Triumph Trident 660 didatang dengan dua pilihan warna premium iaitu Cosmic Yellow dan Stone Grey manakala Snowdonia White ditawarkan sebagai warna standard. Model ini dijual pada harga asas bermula RM47,900 (tidak termasuk pendaftaran & insurans) yang boleh didapati di semua pengedar sah Triumph seluruh Malaysia bermula bulan Mei 2026. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.