☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Oktober 2026

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Kalau sebut BMW Motorrad, ramai terus terbayangkan model seperti S 1000 RR yang terkenal dengan prestasi dan rekabentuknya yan garang. Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Walaupun begitu, F 450 RR hadir dengan pakej yang menarik, termasuk kuasa maksimum setinggi 48hp, tork 43Nm dengan berat badan hanya sekitar 177kg. BMW ternyata ingin menawarkan pengalaman motosikal sport dalam pakej yang lebih kompak, tanpa mengetepikan DNA sporty mereka.

Dari segi konsep, BMW F 450 RR memang dibangunkan untuk mereka yang sukakan motosikal berimej supersport. Nama RR itu sendiri sudah cukup memberikan gambaran tentang arah dan karaktorvyang dibawa oleh model ini. Reka bentuknya berteraskan gaya motosikal sport, dengan penekanan pada aerodinamik, pengendalian dan penampilan yang agresif. Jujurnya, ia memang sesuai untuk peminat yang mahukan motosikal yang memiliki aura jentera perlumbaan, tetapi tidak semestinya terus melompat ke jentera bersesaran 600cc atau 1,000cc.

Lihat sahaja rekabentuknya dari depan yang dikemaskan dengan lampu-lampu jenis LED yang diinspirasikan dari model S 1000 RR. Model ini juga lengkap dengan fairing yang cukup padu beserta winglet. Posisi menungang tidak terlalu membongkok dan memang cukup selesa.

F 450 RR ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard, Sport, M Sport dan M Sport dengan pakej Innovation yang dibezakan menerusi sistem elektronik.

Jentera yang seimbang dan mudah dikawal boleh memberikan lebih keyakinan ketika menukar arah, mengambil selekoh dan membrek. Gabungan enjin 420cc dengan berat sekitar 177kg ini menawarkan pengenalian yang menyeronokkan untuk penunggang lebih-lebih lagi ke laluan berselekoh atau menunggang di litar.

Dengan kuasa 48hp dan tork 43Nm, BMW F 450 RR turut disenaraikan mempunyai kelajuan maksimum sekitar 177km/j berdasarkan spesifikasi pengeluar. Selain enjin dan pengendalian, BMW turut mengetengahkan teknologi Easy Ride Clutch atau ERC pada F 450 RR. Secara ringkas, sistem ini direka untuk memudahkan penunggang ketika mula bergerak tanpa perlu mengendalikan tuil klac seperti motosikal konvensional.

Dengan adanya teknologi Easy Ride Clutch dan sistem Shift Assistant Pro, F 450 RR ini boleh ditunggang tanpa perlu menggunakan sistem klac yang pastinya memudahkan pergerakan khususnya di dalam kawasan urban yang sesak.

Antara sistem elektronik moden yang dipadatkan 'dalam' F 450 RR ini ialah Mod Tunggangan (Rain, Road & Race), Dynamic Traction Control (DTC), Dynamic Brake Control (DBC), ABS Pro dan Engine Drag Torque Control.

Paparan panel meter TFT 6.5-inci cukup jelas dan berkualiti tinggi. Talaan dan pilihan jug boleh dilakukan dengan mudah dengan Multi-Controler yang terletak di bar hendal sebelah kiri. Info: Untuk varian M Sport yang hadir dengan Riding Mode Pro, terdapat penambahan paparan yang memberi info tentang DTC, kekuatan penggunaan brek, sudut miringan dan lap tImer.

Untuk prestasi tunggangan lebih mantap, BMW melengkapkan model ini dengan fork hadapan KYB jenis USD berdiameter 43mm yang berwarna keemasan. Di belakang pula didatangkan dengan lengan ayun aluminium dan penyerap hentak tunggal.

Tayar hadapan bersaiz 110/70-17 manakala di belakang 150/60-17 yang dipadankan dengan pakej brek Brembo 310mm di depan dan ByBre 240mm di belakang beserta sistem ABS dan DTC. BMW baru ini hanya setinggi 790mm yang pastinya disukai ramai khususnya para penunggang wanita. Beratnya pula hanya 177kg dan 178kg (dengan ERC).

Sudah pasti model ini akan mendapat sambutan hangat sebaik sahaja ia mendarat di Malaysia nanti. Sesiapa pun akan jatuh cinta dengan rekabentuk dan pakej enjin yang ditawarkan oleh pihak BMW pada model F 450 RR terbaru. RR

Popular

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.