☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Jun 2018

Honda X-ADV & CRF1000L Africa Twin 2018 Dilancarkan

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah melancarkan dua model terbarunya iaitu Honda X-ADV dan CRF1000 Africa Twin di MAI Malaysia Autoshow 2018 yang telah berlangsung pada April lalu. Hadir memeriahkan majlis pelancaran tersebut ialah Pengerusi BSH, Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, En. Keiichi Yasuda dan Ketua Pegawai Penjualan BSH, En. Voon Yin Kong.

Dari kiri: En. Jeremy Loo, En. Keiichi Yasuda, Dato Sri Tan Hui Jing, En. Voon Yin Kong & Koichi Tonouchi di majlis pelancaran model terbaru Honda.
Dari kiri: En. Jeremy Loo, En. Keiichi Yasuda, Dato Sri Tan Hui Jing, En. Voon Yin Kong & Koichi Tonouchi di majlis pelancaran model terbaru Honda.

Kehadiran kedua-dua model ini sememangnya dinantikan oleh pencinta motosikal di Malaysia. Seperti mana yang dikatakan oleh En. Keiichi Yasuda, “Kami sentiasa komited untuk menawarkan produk-produk yang berkualiti dan berteknologi tinggi untuk kepuasan para pelanggan. Kami telah berjaya melihat dan menilainya dengan pembukaan Honda BigWing. Kami dapati, pasaran dan permintaan terhadap motosikal di Malaysia bukan hanya terhad untuk jentera sport dan street sahaja tetapi juga dalam segmen lain seperti skuter dan motosikal pengembaraan seperti X-ADV dan Africa Twin ini.”

Honda X-ADV merupakan jentera istimewa yang dibangunkan oleh pasukan R&D di Itali. Model ini menggabungkan teknologi moden dengan keupayaan jentera pengembaraan yang lasak. Ia dilengkapi dengan enjin 745cc, sistem penyejuk cecair, OHC yang menawarkan kuasa maksimum 40.3kW pada 6,250rpm dan tork 68Nm pada 4,750rpm. Untuk keselesaan, X-ADV dilengkapi dengan cermin pengadang udara lima tahap, pelana 820mm yang empuk, bar hendal aluminium, ruang bawah pelana 21 liter, pelindung tangan, panel meter gaya jentera rally, sistem ABS dan sistem kunci pintar (smart key).

Honda X-ADV
Honda X-ADV
Honda CRF1000L Africa Twin
Honda CRF1000L Africa Twin

Model terbaru X-ADV ini didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu Candy Chromosphere Red, Digital Silver Metallic, Matt Bullet Silver dan Pearl Glare White dan Grand Prix Red pada harga RM57,999 (sebelum GST). Bagi unit warna istimewa (Grand Prix Red) pula boleh dimiliki pada harga RM59,999 (sebelum GST).

Inginkan pengalaman mengembara penuh kenikmatan? Jika ya…. ucapkan 'Selamat Datang' buat jentera pengembaraan lagenda, CRF1000L Africa Twin yang menawarkan posisi menunggang yang cukup selesa untuk pelbagai jenis perjalanan. Model ini didatangkan dengan enjin bersesaran 998cc, sistem penyejuk cecair, SOHC yang kini disempurnakan bersama sistem Throttle By Wire (TBW) yang memberi peluang kepada para penunggang memilih tahap hantaran kuasa yang sesuai dengan kondisi perjalanan. Antara ciri-ciri menarik lain yang ditawarkan oleh model ini ialah Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Dual Clutch Transmission (DTC).

Honda X-ADV
Honda X-ADV
Honda CB1000R
Honda CB1000R

Honda CRF1000L Africa Twin ini didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Grand Prix Red (warna pasukan HRC Rally) dan Pearl Glare White (Tricolor) untuk model Adventure Sport. Harga untuk model CRF1000L Africa Twin ialah RM69,999 (std) dan RM75,999 (model DCT) manakala CRF1000L Africa Twin Adventure Sport pula dijual pada harga RM72,999 (std) dan RM78,999 (model DCT). RR

Isu Pada

Jun 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).