☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Januari 2019

MV Agusta Superveloce 800 Baru

MV Agusta hadir ke pameran antarabangsa EICMA, Milan pada 6 November lalu dengan memperkenalkan model terbaru Superveloce 800 menawarkan rekaan yang cukup anggun, tulen dan eksklusif. Model yang dijangka akan mula dihasilkan pada separuh kedua 2019 ini mewarisi segala yang terbaik daripada jenama ikonik, MV Agusta.

Superveloce 800 ini dikemaskan dengan fairing gentian karbon yang cukup mewah manakala rekabentuk hadapannya dicipta dangan gaya tersendiri yang disempurnakan menerusi penggunaan lampu utama dan lampu Day Running Light jenis LED. Lampu belakang juga jenis LED agar pencahayaan lebih jelas dan kelihatan lebih menawan. Cermin pengadang udara jenis plexiglass pula direka berwarna kekuningan yang mengembalikan nostalgia bagaikan hasil ciptaan tahun 1970an lalu.

Sub-kerangka serba baru yang dikemaskan pada  Superveloce 800 ini cukup ringan dan tangkas yang membolehkan penunggangnya mengubah posisi dengan mudah. Dari segi casis dan sistem brek, model ini dibina berasaskan MV Agusta F800 tetapi telah dipertingkatkan untuk prestasi lebih mantap. Enjin  Superveloce ini telah dilakukan pemetaan semula untuk merancakkan karaktor disamping mengekalkan tahap kuasa maksimum.

Sistem ekzos model baru ini juga direka semula berasaskan layout klasik 3-1-3 dengan rupabentuk baru dua corong ekzos di sebelah kanan dan satu di sebelah kiri.

Posisi menunggang tidak jauh bezanya dengan model supersport F3 800 yang bertujuan untuk kestabilan dan ketangkasan sewaktu memecut ke tahap tertinggi. Untuk keselesaan dan kesesuaian penunggang, tempat pemijak Superveloce 800 ini boleh dilaras – amat berguna ketika menyertai perlumbaan. Panel meter jenis TFT menawarkan kadar paparan yang menarik, jelas dan terkini. Sudah pasti MV Agusta Superveloce 800 ini amat dinanti-nantikan khususnya oleh para pencinta kelajuan dan prestasi enjin di samping ingin mengembalikan nostalgia zaman kegemilangannya. RR

Isu Pada

Januari 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).