☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 September 2018

Honda Dash 125 Baru Tampil Lebih Segar

Honda terus merancakkan pasaran motosikal negara, dengan pelancaran model terbaru daripada Boon Siew Honda (BSH) iaitu Honda Dash 125 yang kini telah menerima beberapa penaikkan taraf berbanding model terdahulu. Antara beberapa pembaharuan yang menanti para pemilik jentera ini ialah lampu depan LED, panel meter moden lebih menarik, pelindung kaki bergaya dan jalur rim yang lebih menyerlah.

Honda Dash 125 dijanakan oleh enjin bersesaran 124.9 cc, satu silinder, SOHC dengan sistem penyejuk udara yang berkuasa 7.35kW pada 8,000rpm dan tork 9.54Nm pada 6,500rpm. Kelancaran tahap pecutan dan kadar penggunaan bahan api yang jimat untuk Dash baru ini disumbangkan oleh sistem suntikan bahan api PGM-FI.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran jentera cub bersesaran besar didapati berkembang pesat, kompetitif dan mencabar. Ini berikutan daripada permintaan pelanggan yang kian meningkat. Sebagai sebuah syarikat yang komited untuk memahami kehendak para pelanggan, BSH telah menambah baik model ini yang dijangka menetapkan penanda aras lebih tinggi dalam segmen cub,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, En. Keiichi Yasuda.

Model baru ini didatangkan dalam empat warna iaitu Hitam Mutiara, Merah Vivacity, Biru Pearl Nightfall dan Edisi Repsol. Harga-harga Honda Dash 125 adalah seperti berikut: Dash 125 (brek cakera tunggal) - RM5,999, Dash 125 (brek cakera kembar) – RM6,299 dan Dash 125 Edisi Repsol berharga RM6,499. Model baru ini hadir dengan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu).

Kemampuan dan kehebatan jentera baru ini akan dipertontonkan kepada umum apabila ia akan digunakan dalam perlumbaan Cub Prix siri Honda One Make Race tidak lama lagi. Perlumbaan yang menggunakan jentera Dash 125 ini akan menggantikan siri perlumbaan Honda Wave Alpha. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.