☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Jun 2017

KTM 1290 Super Duke R & 1290 Super Adventure S Diperkenalkan

KTM Malaysia hadir ke pasaran negara dengan dua model serba baru iaitu 1290 Super Adventure S dan 1290 Super Duke R. Harga untuk model 1290 Adventure S ialah RM115,000 (termasuk GST) manakala harga untuk 1290 Super Duke R pula ialah RM118,000 (termasuk GST). EUROTECH Wheel Distribution Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jentera KTM di Malaysia cukup yakin kedua-dua model ini bakal mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi daripada para pencinta motosikal di seluruh negara.

Model 1290 Super Adventure S dan 1290 Super Duke R merupakan jentera keluaran Austria yang diimport sepenuhnya. Walaupun mempunyai enjin berkapasiti 1301cc tetapi kedua-duanya adalah jentera yang berbeza sama sekali. 1290 Super Adventure merupakan sebuah jentera pengembaraan yang bukan sahaja mempunyai rupabentuk yang cukup garang tetapi juga telah dipadatkan dengan teknologi yang serba canggih.

Syed Badlishah ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (atas motor) melancarkan dua model baru KTM.

Tarikan utama sudah pasti datang dari lampu utama jenis LED yang lain daripada yang lain. Seperti yang digambarkan oleh Pengerusi Eurotech Wheel, YAM Dato' Seri Syed Badlishahibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, rekabentuk lampu KTM baru ini bagaikan pengenalan diri yang kelak akan dikenali ramai walaupun dari jauh lagi. Selain itu, model ini menggunakan panel meter jenis TFT berwarna yang mempunyai beberapa paparan berbeza.

Enjin 1301cc ini menawarkan kuasa sehebat 160hp pada 8,750rpm dengan tork 140Nm pada 6,750rpm – cukup mantap. Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh 1290 Super Adventure adalah kerangka jenis trellis, ruang menyimpan/mengecas telefon pintas kalis air, saspensi jenis WP, sistem brek Brembo, 4 mod tunggangan, sistem kawalan kestabilan, traction control dan banyak lagi. Semestinya pengembaraan dengan 1290 Super Adventure sesuatu yang cukup mengujakan, selesa dan berprestasi tinggi.

Model 1290 Super Duke pula merupakan model jalanan (street) yang mempunyai sebuah enjin berkuasa 177hp pada 9,750rpm dan tork setinggi 141Nm pada 7,000rpm. Ketegapan model ini datangnya dari kerangka trellis yang dibuat menggunakan chrome-molybdenum yang ringan tetapi cukup tegar. Duke ini juga dilengkapkan dengan paparan TFT berwarna, tiga mod tunggangan, cruise control, sistem ABS, traction control dan banyak lagi.

Seperti model sebelumnya, walaupun 'The Beast' ini merupakan sebuah mesin berprestasi tinggi, 1290 Super Duke cukup mudah dikendalikan tidak kira siapa dan di mana sahaja. Itu adalah kelebihan utama KTM ini. RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.