☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Julai 2017

Benelli Leoncino 500 Akan Masuk Pasaran Negara

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan satu lagi model istimewa Benelli iaitu Leoncino pada tahun ini. Leoncino merupakan sebuah jentera yang dihasil dengan menggabungkan tradisi, mitos, semangat, gaya kontemporari, inovasi dan prestasi.

Melihat kepada rekabentuknya, Leoncino baru ini ternyata mempunyai identitinya sendiri mewakili gaya dan konsep asalnya yang diperkenalkan lebih daripada 60 tahun lalu. Model ini didatangkan dengan enjin dwi silinder bersesaran 500cc yang menawarkan kuasa maksimum 35kW pada 8,500rpm dan tork 45Nm. Untuk hantaran kuasa lebih lancar, Leoncino dilengkapkan dengan sistem suntikan bahan api, klac hidraulik dan overhead double camshaft timing system.

Demi keselesaan pemiliknya, Leoncino menggunakan saspensi hadapan jenis terbalik yang berdiameter 45mm dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Ia juga telah dikemaskan dengan sistem ABS, panel digital, lampu LED serta lambang ‘Lion of Pesaro’ yang diletakkan pada bahagian atas madgad hadapan, tangki dan pelana. Model ala jentera scrambler ini menggunakan tayar bersaiz 120/70 ZR17 (depan) dan belakang (160/60-ZR17).

Walaupun begitu, pihak Mforce Bike masih belum memastikan tarikh sebenar pelancaran model ini akan diadakan. Kita berharap agar ia hadir dengan cepat! RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.