☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Julai 2020

GPX Racing Perkenalkan GPX POPz Comel & Bergaya

Bersempena dengan Majlis Perayaan Ulang Tahun Ke-34, Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Negeri Johor yang berlangsung pada awal Januari lalu, Bike Continent Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama GPX Racing di Malaysia telah mempertontonkan model moped pertama iaitu GPX Popz. Pengenalan kepada model terbaru ini ternyata mendapat perhatian yang cukup positif daripada para jemputan yang menghadiri majlis tersebut.

Model Popz dengan enjin 125cc Fi telah berjaya mendapat perhatian di pasaran motosikal Thailand, Jepun, Vietnam dan Kemboja. Walaupun begitu, selepas melakukan beberapa ujian dan penilaian berkaitan dengan harga dan kos penyelenggaraan, pihak Bike Continent Sdn Bhd mendapati Popz dengan enjin 110cc berkarburetor lebih sesuai untuk pengguna motosikal di negara ini.

Selain tampak cantik, penggunaan bahan aluminium membuktikan kualiti tinggi yang dimiliki oleh jentera ini.
Selain tampak cantik, penggunaan bahan aluminium membuktikan kualiti tinggi yang dimiliki oleh jentera ini.

GPX Popz menarik minat ramai dengan rekabentuk keseluruhan cukup menarik, lampu hadapan dan belakang jenis LED, panel meter yang kemas dan posisi menunggang selesa. Ia adalah sebuah jentera model klasik yang mampu menambat hati pada pandangan pertama, sesiapa sahaja akan tampak cool setiap kali mengendalikannya. Popz dikuasakan oleh enjin 109cc, empat lejang dengan sistem penyejuk udara. Untuk menjanjikan kestabilan dan pengendalian mantap di pelbagai jenis permukaan jalan, ia dilengkapkan dengan fork hadapan jenis teleskopik dan sepasang penyerap hentak di belakang.

Popz dikemaskan dengan tayar-tayar bersaiz 60/100-17 (depan) dan 70/90-17 di belakang yang dikawal oleh sistem brek yang cukup efisien. Dengan saiz tapak roda 1,230mm dan berat yang hanya 100kg Popz sudah pasti mudah untuk ditunggang oleh sesiapa sahaja. Model baru ini ditawarkan dalam beberapa warna menarik seperti Jingga, Biru dan Merah Jambu manakala untuk model SE pula dalam dua skima iaitu Putih/Hitam dan Merah/Hitam dengan pelekat (stiker) yang berbeza. Menurut pihak Bike Continent Sdn Bhd, GPX Popz bakal berada di pasaran pada suku pada penghujung Julai ini dan harganya dijangkakan di antara RM5,000 hingga RM5,400 (bergantung kepada model biasa atau SE). Memang cukup kompetitif!

GPX Racing adalah jenama dari Thailand yang mempunyai reputasi tinggi di pasaran motosikal khususnya di Asia termasuklah di negara kita. Komuniti pemilik jentera GPX Racing kian bertambah dan selepas kejayaan untuk model GPX Gentleman Black Immortal 200, Gentleman Racer Immortal 200, Legend 150s, Demon 150GN dan Demon 150GR, kehadiran GPX Popz pastinya akan memberikan lebih banyak pilihan buat para pencinta motosikal di Malaysia.

Untuk maklumat terkini, sila layari laman web terbaru mereka iaitu di http://www.gpxmalaysia.my RR

Isu Pada

Julai 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.