☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 November 2018

Previu BMW F 850 GS Baru

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan model terbaru dalam siri jentera pengembaraan iaitu BMW F 850 GS pada 8 Oktober lalu. Previu eksklusif buat model ini telah dilakukan di hadapan para pencinta motosikal di acara BMW Motorrad Nightfuel yang berlangsung di Puteri Harbour Front, Johor. Model ini menampilkan enjin, teknologi, rupa paras baru dengan reka bentuk terkini yang lebih dinamik dan maskulin.

En. Owen Riley dan En. Ikhwandi dari Chear Motorrad melancarkan F 850 GS.
En. Owen Riley dan En. Ikhwandi dari Chear Motorrad melancarkan F 850 GS.

“BMW F 850 GS baharu menjanjikan pemiliknya sebuah pengalaman tunggangan offroad yang luar biasa bermula dari reka bentuknya yang sporty, enjin yang diperbaharui, sehingga ke teknologi suspensi yang dioptimumkan serta keupayaan elektronik. Kepuasan yang diberikan oleh jentera ini akan mewarnai hidup anda dengan pengembaraan, sejajar dengan slogan yang diutarakan oleh jenama ini, Make Life A Ride. BMW F 850 GS baharu yang diperkenalkan ini akan membawa anda di atas dan di luar jalan, sama ada untuk tujuan penjelajahan terbuka atau untuk mengharungi jalan-jalan yang berliku dan paling mencabar,” kata Ketua BMW Motorrad Malaysia, En. Owen Riley.

Model baru ini direka penuh bijak dengan penggunaan lampu hadapan asimetrikal, 'flyline' dan paruh baru yang mewarisi rekaan model-model GS sebelum ini. Untuk lebih mantap ketika berada di laluan offroad, BMW memilih untuk menjadikan ruang tangki dan pelana lebih selesa dengan menghapuskan bucu-bucu di sekitar tempat tersebut. Cermin pengadang udaranya juga boleh ditukar dengan mudah sama ada untuk jalanan biasa atau lasak.

F 850 GS juga hadir dengan enjin serba baru berkapasiti 853cc menawarkan kuasa maksimum 70kW pada 8,250rpm dan tork 92Nm pada 6,250rpm. Untuk tunggangan lebih tangkas dalam apajua keadaan, terdapat beberapa mod tunggangan pada model ini seperti Road dan Rain sebagai mod standard disamping penambahan mod Pro-Riding yang memberi akses kepada kawalan di laluan sukar iaitu Dynamic, Enduro dan Enduro Pro. Dengan kombinasi sistem BMW Motorrad ABS dan Automatic Stability Control (ASC), tunggangan pastinya lebih selamat dan meyakinkan.

Antara ciri-ciri menarik lain yang dimiliki oleh F 850 GS ini ialah sistem saspensi yang dibangunkan semula, rim berjejari aluminium, kelegaan bumi yang sesuai untuk pengembaraan, ciri-ciri ergonomik dan panel meter TFT 6.5 inci moden yang lengkap dengan BMW Connectivity untuk kemudahan para penunggang ketika berada di jalan raya. Harga untuk model ini belum ditentukan lagi, namun begitu BMW F 850 GS boleh dimiliki dalam tiga pilihan warna iaitu Pollux Metallic Matte untuk gaya eksklusif, Light White/Racing Red untuk gaya Rallye dan Lupin Blue Metallic untuk gaya Sport.

Pada tahun 2017, BMW Motorrad Malaysia telah mencatatkan penjualan berjumlah 1,052 unit motosikal, ia merupakan peningkatan sebanyak 5% jika dibandingkan dengan tahun lepas. Dengan lebih daripada 900 unit motosikal yang terjual dalam tempoh lapan bulan yang pertama bagi tahun ini, atau peningkatan sebanyak 19% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, BMW Motorrad Malaysia yakin sedang berada di landasan untuk terus meraih pencapaian yang memberangsangkan pada tahun ini. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).