☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Disember 2018

KTM Malaysia Perkenal Dua Model Lasak

KTM Malaysia telah melancarkan model-model motocross & enduro 2019 yang menawarkan pelbagai penambahbaikan dari setiap sudut untuk lebih berprestasi tinggi. Model segmen motocross diperkenalkan ialah 250 SX-F yang dilengkapi dengan enjin empat lejang, silinder tunggal bersesaran 249.9cc. Pengendalian yang mantap model 250SX-F datangnya dari kerangka besi hydroformed chromium molybdenum yang kini lebih kukuh khusus untuk pengendalian optimum.

Pelumba motocross negara, Gabit melancarkan jentera KTM Motocross dan Enduro 2019.
Pelumba motocross negara, Gabit melancarkan jentera KTM Motocross dan Enduro 2019.

Untuk pengendalian hebat, model ini telah dilengkapi dengan bar hendal aluminium, penyerap hentak mono dan sistem brek cakera yang cukup mantap. Pelana model ini juga direka lebih baik untuk memberi keselesaan dan pengendalian maka laluan sukar dapat dilakukan dengan cemerlang. Model lasak 250 SX-F ini hanya untuk tunggangan offroad sahaja dan ditawarkan pada harga RM38,500.

Dalam segmen enduro pula, lima model terbaru menanti para pencinta dunia lasak iaitu 250 EXC-F, 250 EXC-TPI, 300 EXC TPI, 350 EXC-F dan 450 EXC-F. Model-model ini juga ditawarkan dalam versi istimewa 'Six Days' yang mempunyai rekacorak grafik khas dan lebih banyak aksesori-aksesori menarik.

Antara ciri menarik yang dimiliki oleh siri Enduro ialah traction control (PowerPart), sistem suntikan bahan api SOHC, pelindung enjin, saspensi hadapan WP Xplor 48 jenis terbalik dan banyak lagi. Harga-harga untuk model-model enduro ialah KTM 250 EXC TPI (Biasa/Six Days) - RM39,000/RM42,500, 300 EXC TPI (Biasa/Six Days) - RM43,500/48,000, 250 EXC-F (Biasa/Six Days) - RM44,000/RM48,500, 350 EXC-F (Biasa/Six Days) - RM45,000/RM49,500, 450 EXC-F (Biasa/Six Days) – RM46,000/RM50,500. RR

Isu Pada

Disember 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.