Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Julai 2020

CFMOTO 250SR Masuki Pasaran Malaysia

CFMOTO merupakan sebuah jenama motosikal milik Zhejiang CFMOTO Power Co. Ltd yang telah ditubuhkan pada tahun 1989. Syarikat ini beroperasi di Hangzhou, China dan KTNS Holdings Sdn Bhd merupakan pengedar rasmi jenama tersebut di Malaysia. CFMOTO 650MT merupakan model pertama yang diperkenalkan di negara ini iaitu pada tahun 2018 diikuti dengan 250NK, 650GT dan 400NK.

Untuk memperkukuhkan lagi jenamanya, KTNS Holdings telah melancarkan sebuah jentera sportbike iaitu CFMOTO 250SR (SR merupakan singkatan untuk Sport Racing). CFMOTO 250SR direka buat mereka yang mahu berjinak-jinak dalam segmen sportbike. Bagi mereka yang memiliki lesen B2, adalah tiada halangan buat anda untuk memilikinya kerana ia sebuah motosikal yang berkapasiti tidak melebihi 250cc.

Jentera ini dijanakan dengan enjin empat lejang, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menawarkan kuasa maksimum 20.5kW pada 10,000rpm dan tork 22Nm pada 7,500rpm. CFMOTO 250SR ini turut dilengkapi dengan sistem Bosch EFi beserta kotak gear enam kelajuan.

Model 250SR tampak lebih menarik dengan adanya lampu-lampu LED di bahagian hadapan dan belakang. Model ini juga memiliki panel meter TFT berwarna penuh dengan dua jenis paparan yang berbeza untuk mod Sport dan Eco. Menariknya pada skrin paparan tersebut terdapat teknologi auto-adjust di mana lampu pada meter akan menetapkan kadar kecerahan mengikut keadaan.

Untuk keselesaan, jentera ini dipadankan dengan saspensi hadapan jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal (belakang). CFMOTO 250SR menggunakan tayar bersaiz 110/70 R17, manakala tayar belakang pula bersaiz 140/60 R17. CFMOTO telah melengkapkan jenteranya dengan sepasang brek jenis cakera beserta sistem ABS dua saluran. Tangki 250SR berkapasiti 12 liter manakala pelananya yang setinggi 780mm mudah untuk semua jenis penunggang.

CFMOTO 250SR didatangkan dalam dua varian iaitu SE (Edisi Istimewa) dan LE (Edisi Terhad). Bagi model yang berwarna Nebula Black (SE) boleh didapati pada harga RM15,800 manakala untuk model berwarna Blue Turquoise (LE) dijual pada harga RM17,800. Setiap pembelian ditawarkan dengan jaminan waranti selama dua tahun dengan jarak perjalanan tanpa had.

Menurut pihak KTNS, CFMOTO 250SR akan berada di semua para pengedar yang sah bermula bulan Ogos 2020. RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha XSR155 akhirnya tiba ke pasaran negara yang menampilkan gaya neo-retro.

Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.