☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 November 2018

Vespa Malaysia Perkenalkan Model-Model Kegemaran Ramai

Naza Premira Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia dengan bangganya melancarkan tiga ahli keluarga terbaru iaitu Vespa Primavera 150 MY’18, Vespa Sprint 150 MY’18 dan Vespa GTS 300 Super Sport untuk rakyat Malaysia. Jenama Vespa terkenal sebagai ikon jentera dua roda yang menawarkan keunikan serta gaya hidup tersendiri yang telah meraih kejayaan di atas ciri-ciri hebatnya – sesuai dengan ungkapan mereka iaitu “Not for Everyone.”

“Vespa Primavera, Sprint dan GTS Super Sport direkacipta dengan penuh gaya, keselesaan, keselamatan dan keupayaan untuk mengemudi di dalam arus kesesakan lalulintas. Dari tahun 2010, Naza Premira dilantik sebagai pemilik francais rasmi jenama Vespa di Malaysia. Sejak itu, mereka telah menempatkan lebih 11,000 pelbagai skuter di jalanan dan mengembangkan pencapaian peminat Vespa dengan jaringan 30 pengedar seluruh negara,” kata Ketua Divisyen Dua Roda Kumpulan Automotif Naza, En. Nazman Yusof.

Tahun ini sahaja pihak Vespa Malaysia telah berhasil mencapai hampir 70% sasaran jualan dengan 1,125 unit terjual. Dengan pengenalan tiga buah Vespa ini, mereka yakin untuk terus mencapai matlamat sasaran sehingga hujung tahun ini.

Revolusi Vespa Primavera merupakan ikon skuter Vespa yang pertama penampilannya pada 1968. Kecil, lincah dan dipacu enjin yang gagah, Primavera dalam idaman dan kebebasan muda mudi dan ianya adalah model yang paling disukai dalam sejarah Vespa. Vespa Primavera dikuasakan oleh enjin moden I-Get, silinder tunggal, empat lejang, 150cc yang direka untuk memberi kelicinan, senyap dan keselesaan tunggangan. Harga permulaan Vespa Primavera adalah RM15,600.

Untuk model Sprint pula, ia merupakan interpretasi moden versi 'sport' buat Vespa yang penuh bergaya. Dilengkapkan dengan teknologi canggih, skuter ini ternyata direka untuk menambah keseronokan menunggang. Vespa Sprint dipasang dengan rim aluminium aloi 12 inci, dipertingkatkan dengan lampu hadapan LED demi keselamatan penunggang. Enjin I-Get menghamburkan kuasa 9.5kW pada 7,750rpm dan tork 12.8Nm pada 6,500 rpm dengan peringkat kestabilan dan konsisten. Model ini didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu Blue Marr, Monte Biancco, Rosso Dragon dan Grigio Titantio, Vespa Sprint boleh dimiliki dengan harga bermula RM16,400.

Dengan memiliki tubuh terbesar di kalangan Vespa, GTS Super Sport mewarisi legenda 'Vespone' yang bergerak dengan penuh elegan di bandaraya atau berkembara dipacu kuasa enjin yang bertenaga. Vespa GTS 300 Super Sport merupakan versi paling agresif di kalangan siri GTS yang memaparkan keyakinan, gaya dan status kesempurnaan personaliti. Dengan 15.6kW pada 7,750 rpm dan kuasa tork maksimum 22Nm pada 5,000 rpm, model ini menjamin respon pantas pendikit dan prestasi cemerlang. Harga untuk memilikinya iaitu RM28,000 dan didatangkan dalam dua warna iaitu Red Matt dan Grigio Titanio. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.