Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mei 2016

SYM Lancarkan 3 Model Baru : E-Bonus 110, 110-SR & Sport Bonus 115SR

Demi mengembangkan sayapnya, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan tiga model terbaru mereka iaitu SYM E-Bonus 110, SYM 110-SR dan SYM Sport Bonus 115SR. Majlis pengenalan ketiga-tiga model ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Mforce Bike, Dato' Sri Leo Tan Lean Heah sambil ditemani oleh Pengerusi Persatuan Motosikal dan Skuter Malaysia, En. Wee Hong dan Pengarah Urusan Malaysia Formula Bikes SB, Dato' Sri Arifuddin Mohd Shah.

Dari kiri: En. Tan Teik Soon, En. Lim Hock Chye, Dato’ Sri Leo Tan, En. Wee Hong, Dato’ Sri Arifuddin, En. Jeff Lee dan En. Louis Goh melancarkan ketiga-tiga model terbaru SYM
Dari kiri: En. Tan Teik Soon, En. Lim Hock Chye, Dato’ Sri Leo Tan, En. Wee Hong, Dato’ Sri Arifuddin, En. Jeff Lee dan En. Louis Goh melancarkan ketiga-tiga model terbaru SYM


“Dalam era teknologi yang sentiasa berubah ini, pengguna mempunyai harapan tinggi terhadap motosikal. Bagi memenuhi permintaan tersebut, SYM telah menaik taraf tiga model ini supaya lebih berkuasa dan lebih bergaya,” kata Dato' Sri Leo Tan.

Bonus SR110
Bonus SR110


Untuk disesuaikan dengan jiwa muda dan lasak, Bonus SR110 baru menawarkan rekacorak grafik serba baru yang pasti menarik perhatian semua. Kepantasan jentera ini memecut adalah dari enjinnya yang berkuasa 7.1hp pada 7,500rpm dan tork 0.76kgf.m pada 5,500rpm. Bahagian hadapan diperkemaskan agar bukan sahaja cantik tetapi juga mudah dilihat oleh kenderaan dari hadapan.

E-Bonus 110
E-Bonus 110


Menurut pihak SYM, Bonus SR110 menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan iaitu dengan catatan 55km untuk satu liter dengan kelajuan sekitar 90 km/j. Model ini ditawarkan pada harga jualan RM3,975 (termasuk cukai GST 6%) dengan tiga pilihan warna iaitu kuning, merah dan biru.


Model E-Bonus pula lebih ringkas dengan satu lampu utama dan tayar-tayar yang dilengkapi dengan rim jenis berjejari. Model ini juga dihasilkan untuk mereka yang inginkan sebuah motosikal yang mesra alam, mesra pengguna, jimat petrol dan menepati piawaian tahap Euro. Terdapat tiga pilihan warna untuk model ini iaitu merah, biru, kuning dan boleh dibeli pada harga RM3,604 (termasuk cukai GST 6%).

Sport Bonus 115SR
Sport Bonus 115SR


Enjin lebih besar (115cc), kuasa maksimum 7.1hp pada 7,500 dan tork 0.81kgf.m pada 4,000rpm. Bagi kategori 115cc, SYM Sport Bonus 115SR adalah yang termurah. Keupayaannya telah teruji dengan pengembaraan yang telah dilakukan oleh wakil SYM ke beberapa buah negara di Asia Tenggara. Ia jimat, bertenaga dan pastinya cukup cantik.

Rekacoraknya cukup kemas dan terkini. Ianya dikeluarkan dalam tiga versi warna iaitu kuning, merah, biru dan ditawarkan pada harga yang cukup menarik, RM4,630.08 (termasuk cukai GST 6%).

Dalam majlis yang sama, Dato' Sri Leo Tan turut memberitahu bahawa beberapa model baru perbagai segmen akan terus diperkenalkan Sport Bonus 115SP pada tahun ini dan tahun hadapan bagi memenuhi kehendak dan permintaan pencinta motosikal.

Pihak SYM turut berterima kasih kepada para pengedar mereka yang bekerja keras untuk memastikan jentera-jentera mereka terus berada di jalanan. Walaupun nilai pasaran tidak begitu menentu ekoran perlaksanaan GST dan kedudukan nilai ringgit yang tidak begitu kukuh, kerjasama antara pengeluar dan pengedar yang erat telah berjaya menaikkan nama SYM dalam industri motosikal negara dengan begitu pesat sekali. RR

Isu Pada

Mei 2016

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Warta Roda

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.