☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 September 2020

Yamaha MT-25 dan MT-15 Sudah Tiba!

Untuk memperkukuh jenamanya, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya telah melancarkan model terkini mereka iaitu Yamaha MT-25 untuk pasaran negara. Majlis pelancaran ini telah berlangsung di Sofitel Hotel & Resort, Kuala Lumpur.

Jentera ini merupakan sebuah model naked yang diilhamkan daripada siri keluarga MT iaitu MT-10, MT-09 dan MT-07. Bertemakan ‘Rush of Darkness, model ini tampil dengan rekabentuk cukup agresif dan menawan serta mampu menarik perhatian sekeliling.

MT-25 dipadankan dengan enjin empat lejang, dua silinder, 249cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin yang bertransmisi 6 kelajuan in mampu menghasilkan kuasa maksimum 26.5kW pada 12,000rpm dan tork 23.6Nm pada 10,000rpm.

Paparan meter LCD penuh memaparkan segala informasi yang diperlukan seperti tahap kelajuan, putaran rpm, kedudukan gear, masa, tahap bahan api, dan jarak perjalanan. Bahagian hadapan diserlahkan lagi dengan sepasang lampu LED berkembar serta lampu utama LED di tengah. Lampu belakang dan lampu isyarat juga adalah jenis LED.

Turut digelar sebagai Master of Torque, MT-25 disempurnakan dengan saspensi hadapan jenis terbalik (USD) manakala belakang penyerap hentak tunggal yang menjanjikan pengendalian yang lebih selesa. Untuk mengutamakan keselamatan penunggang, Model ini disempurnakan dengan sepasang brek jenis cakera di bahagian hadapan dan belakang yang turut dilengkapi dengan sistem ABS.

Yamaha MT-25 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Ice Fluo dan Yamaha Blue. Model ini akan berada di semua pengedar sah Yamaha bermula 18 September 2020 pada harga RM21,500 (tanpa insurans dan pendaftaran).  Menariknya, pembeli jentera ini berpeluang menerima barangan eksklusif berupa rantai First Edition MT Series yang dicipta oleh Royal Selangor serta turut menerima kunci brek cakera Yamaha secara percuma.

Yamaha MT-15
Yamaha MT-15

Dalam majlis yang sama, HLYM turut mempertontonkan sebuah lagi model dalam siri MT iaitu Yamaha MT-15. Model ini akan berada di pasaran pada bulan November. Harga rasmi MT-15 masih belum diumumkan. RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.