☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 8 November 2023

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Ajal dan maut itu di tangan Tuhan – ini sememangnya satu ketentuan yang tidak dapat dipilih dan ditentukan. Namun begitu, kesihatan dan keselamatan harus sentiasa diutamakan oleh setiap insan. Jangan hanya berserah kepada takdir tanpa usaha dan tawakal.

Tidak dinafikan, penunggang motosikal mempunyai rangsangan dan respon yang lebih pantas jika dibandingkan dengan pengguna jalan raya lain. Ini disebabkan kita perlu sentiasa menduga setiap pergerakan kenderaan di sekeliling dan pada yang sama, kita harus memberi tumpuan kepada keadaan jalan raya. Banyak ‘benda’ nak buat dalam satu-satu masa. Selalunya, seorang pemandu yang pernah atau sering bermotosikal sudah pasti mempunyai kepekaan dan kecekapan tinggi di jalan raya.

Apa pun, kita juga paling berisiko dan sentiasa terdedah untuk mengalami kecederaan teruk jika berlakunya kemalangan. Dunia kian moden, teknologi kian maju tetapi jumlah kematian terus menghantui seluruh masyarakat di negara ini.

Jesteru, pelbagai langkah keselamatan, plan jangka pendek/panjang, kempen dan saranan dilakukan setiap masa bagi menurunkan statistik kemalangan maut khususnya yang melibatkan penunggang motosikal. Sedih sekali kerana masalah ini bagaikan tiada jalan penyelesaiannya. Siapa patut disalahkan?

Menerusi laman media sosial yang semakin luas, hari demi hari kita lihat kes kemalangan maut membabitkan motosikal semakin tinggi. Ada yang dilanggar, ada yang melanggar, ada kerana silap individu lain dan ada juga kerana kesilapan sendiri. Maka, untuk elak daripada perkara ini terus berlaku, ia perlukan kerjasama daripada semua pengguna jalan raya agar lebih peka dan berwaspada di setiap masa.

Banyak faktor yang mengganggu perhatian kita sewaktu memandu atau menunggang. Masalah paling utama ialah memandu sambil menggunakan telefon pintar, menunggang terlalu laju, gagal mematuhi undang-undang jalan raya, kenderaan yang tidak diselenggara (lebih-lebih lagi kenderaan berat seperti lori & bas), lebih muatan, memandu/menunggang di bawah pengaruh alkohol dan dadah, terlalu letih/kurang berehat, sakit dan banyak lagi.

Masalah lumba haram juga tidak ada noktahnya. Tak terkira berapa banyak jiwa telah terkorban, berapa ramai ibu bapa telah hilang anak remaja mereka sekelip mata. Pemantauan pihak berkuasa tidak diendah dan sememangnya geng pelumba haram ini cukup licik mencari tempat dan waktu untuk melakukan kerja jahat mereka. Aktiviti ini perlu ditewaskan!

Dengan masalah ekonomi yang makin mencekik kita, ramai juga yang membuat keputusan untuk membeli tayar-tayar tidak berkualiti dengan alasan nak jimat. Bukan tak ada tayar murah yang kualitinya agak baik tetapi kenalah rajin cari, tanya kawan-kawan dan buat perbandingan. Jangan kerana nak jimat, kita hilang akal untuk berfikir.

Generasi kini kuat diuji dengan pengaruh anasir buruk menerusi kehadiran teknologi internet. Sudah semestinya telefon pintar adalah keperluan pada era ini yang menjadi ‘alat’ paling penting untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia luar. Elakkan daripada terikut-ikut dengan trend bermotosikal yang nampak ‘cool’ tapi hakikatnya boleh mengundang padah.

Kebanyakan pengguna motosikal juga gemar mengubahsuai struktur asal rekabentuk yang boleh menjadi punca berlakunya kemalangan. Pengubahsuaian paling popular ialah pada bahagian ekzos, sistem brek, potong/sambung casis dan penambahan ekstrem aksesori untuk meningkatkan kelajuan. Bayangkan motosikal 125cc atau 150cc boleh ‘terbang’ mencecah 200km/j.

Terdapat juga rancangan mengenai kenaikan lesen secara automatik dari B2 ke B dalam tempoh yang ditetapkan. Isu ini juga sedang hangat diperdebatkan. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Kami berpendapat rancangan ini ada baik dan buruknya cuma amat berharap agar adik-adik atau siapa pun yang baru nak berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa tinggi tidak terus meloncat naik dan pulas pendikit.

Ambil masa untuk kenali jentera dan kuasanya. Hantaran kuasa enjin 250cc sangatlah berbeza dengan jentera 600cc atau 1000cc. Walaupun motosikal moden kini dilengkapkan dengan pelbagai bantuan elektronik agar lebih selamat tetapi ambillah masa terlebih dahulu untuk mencari keserasian. Kalau ada duit lebih, masuk klinik atau akademi menunggang.

Memang terlalu sukar dirasakan untuk membendung masalah ini lebih-lebih lagi yang melibatkan kealpaan dan kedegilan sendiri. Semua orang tahu melanggar lampu merah itu salah dan bahaya tapi ramai ‘selamber’ je kan! Semua orang tahu berlumba haram tu dah banyak makan nyawa tapi masih diteruskan! Semua orang tahu dadah atau alkohol itu membunuh tapi masih digunakan! Semua orang tahu bila mengantuk kena berhenti seketika tapi tetap berkeras, ‘aku masih boleh tahan lagi!’ Betul tak, semua orang tahu… tapi semua orang kadang-kalanya macam tak tahu!

Apa lagi kaedah yang ada untuk kita turunkan kadar kematian di kalangan sahabat-sahabat motor kita? Adakah sebab ego? Adakah sebab rakan? Adakah sebab nak ‘enjoy, hidup hanya sekali? Jom kita sama-sama fikirkan sambil berdoa perjalanan terus dilindungiNya. RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Keselamatan Jalan Raya Tanggung Jawab Bersama

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.