Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 3 Jun 2023

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Hasrat untuk menukilkan kembali perihat perangai dan tabiat pengguna dua roda ini hadir ke fikiran apabila melihat kemalangan yang agak teruk melibatkan penunggang motosikal berlaku tidak jauh dari tempat acara permotoran dianjurkan.

Selepas beberapa hari bertugas di acara tersebut, saya secara peribadi berkesempatan untuk melihat pelancaran pelbagai model motosikal dan kereta serba baru yang bakal berada di pasaran negara tidak lama lagi. Hampir kesemuanya ciptaan kini memberi tumpuan penuh terhadap tahap keselamatan baik untuk pemilik sesebuah kenderaan itu dan alam sekitar.

Dalam dunia dua roda, kita semua tahu dan faham betapa mudahnya seseorang penunggang itu tercedera jika berlakunya kemalangan. 'Jatuh bodoh' pun boleh menyebabkan terseliuh, bengkak, patah jari dan sebagainya. Kalau kita sedang memecut.... maka tahap kecederaan itu lebih parah berlipat gandanya dan lebih menyedihkan jika ia meragut nyawa.

Usaha untuk menjadikan perjalanan lebih selamat giat dibangunkan oleh setiap pengeluar motosikal. Kita dapat lihat dan rasakan sendiri keberkesanan sistem elektronik yang direka agar motosikal dapat dikendalikan dengan lebih selamat, sesuai untuk pelbagai jenis mukabumi, cuaca dan corak tunggangan. Namun begitu, mengapa masih ramai yang bersikap negatif.

Nampak gayanya, tabiat buruk penunggang motosikal pun makin advance dengan beberapa ‘penambahan’ terbaru. Antara yang sudah lapok tetapi menjadi tradisi turun temurun ialah melanggar lampu isyarat, mengubahsuai motosikal, berlumba/merempit, menunggang tanpa lesen/cukai jalan, pengaruh dadah/alkohol, tidak memakai topi keledar, memecut laju di lorong motosikal, menukar lorong sesuka hati, tidak menggunakan lampu isyarat dan banyak lagi.

Kini terdapat juga penyakit-penyakit baru yang dihidapi oleh penunggang motosikal iaitu:

1. Mudah marah, emosi tak stabil: sudah banyak kali kita lihat keadaan sebegini berlaku hampir di mana-mana sahaja. Cepat benar seseorang itu melenting. Ada juga dilihat sebelah pihak cuba meredakan keadaan tetapi apabila semua cara/kaedah tak diambil kisah, memang lagi panas lah keadaan.

Masing-masing akan keluarkan telefon pintar dan membuat rakaman, terjerit-jerit bertegang leher. Lepas tu tekan butang 'share' di laman sosial dengan tajuk yang mengalahkan berita sensasi. Ruangan komen pun penuh dengan 'wartawan' yang menunjukkan kepakaran masing-masing berkenaan insiden itu. Komen yang baik memang bagus, tetapi selalunya yang memalukan.

Tak boleh ke bersabar... berbincang? Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya!

2. Makin tergopoh gapah, makin kelam kabut: Mungkin disebabkan perlu menyelesaikan sesuatu kerja yang sangat penting, mungkin mengejar 'order' yang banyak untuk wang lebih, mungkin terlambat dengan temujanji.

Fuh... ramai betul yang berdesup di atas jalan raya. Dengan kapasiti enjin motosikal yang kini mampu memecut lebih 130km/j dengan mudah, kawalan motosikal menjadi lebih sukar jika tersalah langkah dan tersalah tempat. Dalam kelajuan 40km/j sudah mampu meragut nyawa, inikan pula 150km/j. Rileks kawan-kawan! Urus masa dengan betul, “Its all about time management.”

3. Leka... layan lagu: Sistem perhubungan kini lebih mudah. Dengan penggunaan sistem bluetooth, penunggang boleh mendengar lagu, melihat arah perjalanan, menerima dan membuat panggilan. Benar... ia memang sesuatu yang menyeronokkan..ada style... tetapi apabila sampai leka, tak dengar keadaan sekeliling atau mata asyik melihat paparan telefon, ia sangat-sangat berbahaya.

Dinasihatkan agar tidak mendengar alunan muzik dengan terlalu kuat, cukuplah sekadar untuk menghilangkan bosan atau mengantuk. Bagi yang perlu sistem navigasi, 'korang' jaga diri, berhenti dulu di tempat selamat atau pantau perjalanan apabila ada peluang berhenti seketika di lampu isyarat adalah sebaiknya.

4. Terlalu yakin (over confident), perasan kebal: budaya belajar dan mendengar dari mereka yang lebih berpengalaman (otai) sudah semakin pudar. Lebih ramai penunggang muda yang lebih suka belajar sesama rakan-rakan dan menerusi 'sesi kelas' di laman sosial.

Bila menunggang beramai-ramai, ada pula yang mengambil video dan memuji tahap tunggangan mereka yang nampak hebat, maka lagi banyak lah aksi-aksi 'acah cool' yang cuba ditunjukkan. Sudahnya terbaring ke tepi jalan, menyusahkan keluarga bila cedera parah.

Banyak lagi nak 'dicelotehkan' tapi tak cukup muka surat pula nanti. Hingga di lain waktu, menungganglah dengan selamat. Rugi kalau muda-muda badan dah tak sempurna sifat. RR

Salam mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Keselamatan Jalan Raya Tanggung Jawab Bersama

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Ibu Pejabat Jualan Boon Siew Honda Kini di Kota Damansara

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini secara rasmi mengumumkan pembukaan Ibu Pejabat Jualan barunya di Kota Damansara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Bagi penunggang yang mahukan sebuah naked bike berprestasi tinggi dengan elektronik lengkap dan pengendalian yang menyeronokkan, KTM 790 Duke baru ini mungkin antara pilihan terbaik. Tepuk dada tanya selera!

Dari Litar

Ai Ogura Terpantas di Sesi Latihan Pertama

Ai Ogura memulakan kempen GP Republik Czech dengan cemerlang apabila mencatat masa terpantas pada sesi hari Jumaat.

Warta Roda

Honda Vario 125 Baharu Tampil Dengan Ciri Dipertingkatkan - RM7,268

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Vario 125 Baharu yang tampil dengan beberapa pembaharuan.