☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 8 April 2022

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah motosikal ‘kapcai' berprestasi tinggi. Menurut laporan yang dkongsikan oleh freemalaysiatoday.com (FMT), Tan Sri Acryl mengatakan motosikal 'kapcai' laju adalah antara punca utama peningkatan kadar nahas jalan raya di negara ini.

“Inilah (kapcai laju) antara penyumbang kepada tingginya kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan (kegiatan) merempit. Kenderaan (kapcai) seperti ini wajib diharamkan di Malaysia (kerana) tidak ada relevensi kelajuan 177kmj di jalan raya sedangkan had laju maksimum 110kmj (di lebuh raya),” tegas beliau

Tan Sri Acryl turut memberi saranan untuk melarang model 'kapcai lincah' berada di jalan raya dan meminta penjualan untuk jentera ini di pasaran diharamkan.

Saranan Ketua Polis Negara ini berikutan pendedahan beberapa portal berita automotif tempatan yang melaporkan keterujaan peminat permotoran terhadap jentera tersebut dan mungkin juga berhubungan perkongsian klip video di media sosial yang menunjukkan kelajuan jentera Suzuki R150Fi diuji menggunakan alat dyno yang mampu dipecut sehingga 177kmj.

Tan Sri Acryl Sani turut menggesa Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memainkan peranan utama untuk mengkaji dan merangka polisi penghasilkan motosikal yang lebih selamat di masa depan.

“Miros hendaknya jadi badan pendesak,” tambahnya.

Beberapa bulan yang lalu, isu untuk menghentikan penjualan motosikal 'underbone' turut dibangkitkan oleh seseorang yang dipercayai perangcang pengangkutan. Beliau berpendapat untuk menggantikan penggunakan motosikal moped ini dengan jentera elektrik demi mengurangkan kes kemalangan pengguna motosikal.

Apa pandangan anda terhadap kenyataan di atas? RR

sumber: http://www.freemalaysiatoday.com

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Keselamatan Jalan Raya Tanggung Jawab Bersama

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.