☰
Isu Terkini

Oktober 2024

27 Ogos 2021

Maverick Vinales Sedia Uji Jentera Aprilia

Maverick Viñales akan menjalani sesi ujian untuk dua hari di Litar Misano di antara 31 Ogos dan 1 September dengan menunggang jentera Aprilia RS-GP. Pelumba dari Sepanyol itu juga bakal menerima jentera dan krew pasukan barunya untuk saingan 2022.

Lorenzo Savadori 'depan' dan Maverick Vinales.
Lorenzo Savadori 'depan' dan Maverick Vinales.

Sesi ujian ini menandakan bermulanya kerjasama penting di dalam struktur terbaru untuk tahun 2022 selepas Maverick tidak lagi terikat dengan pasukan Yamaha.

Romano Albesiano, Pengarah Teknikal Aprilia Racing: “Dari segi teknikal, sememangnya amat menarik untuk mendengar respon dan maklum balas daripada pelumba yang menguji jentera anda buat pertama kalinya. Lebih-lebih lagi daripada seorang yang sangat hebat seperti Maverick. Kami dengan senang hati menyambut kehadiranya ke dalam keluarga Aprilia Racing.”

Sememangnya pada ujian pertama akan melibatkan fasa penyesuaian diri dengan talaan, ergonomi dan tahap persediaan kerana setiap pelumba itu berbeza. Namun begitu, pihak Aprilia Racing cukup yakin dengan kemampuan dan bakat Maverick menyesuaikan diri dalam masa yang singkat. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).