☰
Isu Terkini

Oktober 2024

21 April 2022

PLUS Tambah 520 pasukan rondaan PLUSRonda Sempena Aidilfitri Tahun Ini...

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan menambah jumlah pasukan PLUSRonda kepada 520 bagi membolehkan kekerapan rondaan ditingkatkan terutamanya di laluan kritkal, susulan jangkaan trafik harian boleh mencecah dua juta kenderaan sehari antara 29 April hingga 9 Mei ini bersempena Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, PLUSRonda juga akan memberi bantuan kepada kenderaan yang terkandas di lebuh raya dalam usahanya membantu pengguna menikmati perjalanan yang selamat dan selesa ketika berlakunya lonjakan trafik.

"Pada masa sama, kami juga sedar impak kehadiran kenderaan rosak dan terkandas di lebuh raya terhadap kelancaran pergerakan orang ramai di laluan terbabit.

"Oleh yang demikian, PLUS akan menempatkan trak tunda serta kren di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengalihan kenderaan-kenderaan yang terkandas terutamanya di laluan-laluan mendaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zakaria berkata, di laluan kritikal, PLUS juga bersedia untuk mengaktifkan Laluan Kontra di lokasi tertentu dengan bantuan polis.

Beliau berkata PLUS juga akan meneruskan kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan dan kecemasan seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Ketika polis dan JPJ mengadakan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya, pasukan bantuan kecemasan seperti Bomba dan St John Ambulance diletakkan dalam keadaan bersedia di plaza-plaza tol yang strategik dan akan dikerahkan ke lokasi insiden dengan segera dan pantas," katanya.

Selain itu Zakaria berkata, kira-kira 500 anggota pasukan kecemasan (ERT) juga akan berada di lebuh raya untuk memberikan bantuan.

PLUS juga katanya, turut memberi fokus terhadap kelancaran trafik dan keselesaan orang ramai di plaza tol dan kawasan-kawasan rehat sepanjang musim perayaan akan datang.

Beliau berkata, syarikat itu akan mengambil langkah proaktif dalam usahanya membantu pengguna menikmati perjalanan yang selamat dan selesa di lebuh raya ketika berlakunya lonjakan trafik itu. RR

Sumber: Bernama - https://www.bernama.com/bm/index.php

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.