☰
Isu Terkini

Oktober 2024

28 Oktober 2023

Pembinaan Plaza Tol Genting Highlands, Bukan Bidang Kuasa KKR dan LLM

Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan bahawa projek pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan di bawah bidang kuasa KKR dan LLM. Ia kerana jalan merupakan jalan persendirian yang dipunyai oleh Genting Resorts World dan tiada kaitan dengan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.

Ahad lalu, Pengerusi LLM, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata pihaknya tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berkaitan projek pembinaan plaza tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands. Katanya, pembinaan itu dibuat diatas tanah persendirian dan berkemungkinan pihak berkenaan berasakan tidak perlu membuat permohonan kepada kerajaan Pahang, Kementerian Kerja Raya (KKR) atau LLM. "Tanah itu adalah tanah persendirian namun sebarang pembinaan masih tertakluk kepada undang-undang."

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memaklumkan bahawa pembinaan projek tersebut tidak dimaklumkan kepada KKR dan LLM. Bagaimanapun, pihaknya sudah mendapat pengesahan berhubung pembinaan plaza tol di kawasan tersebut sejak 13 Oktober lalu. Sebarang projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian haruslah mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dengan itu, pembinaan plaza tol tersebut akan diteruskan dan bayaran tol akan dicas bagi kenderaan-kenderaan yang menaikki Genting Highlands. Difahamkan syarikat yang akan menguruskan tol itu turut bertanggungjawab terhadap jalan di Genting termasuk mengurus cerun, tanah runtuh, menyelenggara jalan dan lampu jalan.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.