☰
Isu Terkini

Oktober 2024

19 Oktober 2025

Kawasaki Z900 & Z900 SE Dilancarkan. Harga bermula RM47,800

Motosikal dan Enjin Nasional Sdb Bhd (MODENAS) hari ini telah melancarkan model terbaru Kawasaki Z900 dan Z900 SE 2025 bersempena dengan pembukaan rasmi Kawasaki Technical Centre (KTC) di Glenmarie, Shah Alam.

Model jalanan ini dibangunkan dengan falsafah rekabentuk 'SUGOMI' yang menggabungkan gaya agresif, prestasi mengagumkan dan pengendalian yang tangkas. Kombinasi ini memboleh Z900 ini memberi pengalaman berganda, menikmati sesuatu yang mengujakan dan pada masa yang sama, memberi keyakinan diri.

Kawasaki Z900 SE - RM60,100.
Kawasaki Z900 SE - RM60,100.

"Pelancaran Kawasaki Z900 ini menandakan permulaan bab baru bagi Kawasaki di Malaysia. Ia melambangkan kebebasan, keunikan dan prestasi serta mencerminkan identiti MODENAS yang sentiasa komitmen dalam menawarkan motosikal bertaraf-dunia untuk para pemilik," kata En. Roslan Roskan, CEO MODENAS.

Kawasaki Z900 didatangkan dengan enjin 948cc, sistem penyejuk cecair, empat silinder yang menghasilkan kuasa maksimum 123hp padfa 9,500rpm dan 97.4hp pada 7,700rpm. Lampu hadapan jenis LED yang direka lebih segar manakala rekabentuk 100% baru untuk lampu belakang memang cukup cantik.

Selain itu, model jalanan ini didatangkan dengan 4 mod tungganga iaitu Sport, Road, Raid dan Rider yang boleh ditala cukup mudah menerusi paparan panel meter TFT 5-incinya. Ya...paparan ini turut disempurnakan dengan tahap kelajuan, posisi gear, tahap putaran rpm, suhu, jam, tahap kecondongan, penunjuk Quick Shifter, isi tangki dan lain-lain. Panel meter ini juga dilengkapkan dengan sistem penyambungan Rideology.

Kawasaki Z900 STD.
Kawasaki Z900 STD.
Kawasaki Z900 STD.
Kawasaki Z900 STD.

Untuk model standard, ia ditawarkan pada harga RM47,800 dengan dua pilihan warna iaitu 1) Metallic Moondust Grey / Metallic Spark Black / Candy Lime Green dengan kerangka berwarna Golden Blazed Green 2) Metallic Spark Black / Metallic Carbon Grey / Flat Super Black.

Untuk varian Special Edition (SE) pula harganya ialah RM60,100 yang dibezakan oleh pakej lebih premium terdiri daripada Penyerap Hentak USD 41mm boleh laras sepenuhya, Penyerap Hentak Belakang OHLINS S46, Brek hadapan jenis Brembo 300mm dengan angkup Brembo M4.32.

Kawasaki Z900 SE.
Kawasaki Z900 SE.

Z900 SE ditawarkan pada warna Metallic Matte Graphite Gray / Ebony / Metallic Graphite Gray dengan kerangka berwarna Golden Blazed Green.

RR turut diberi peluang menunggang uji Kawasaki Z900 baru ini di hari pelancarannya dengan jarak perjalanan sekitar 180 kilometer. Laporan menyusul tidak lama lagi! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.