☰
Isu Terkini

Oktober 2024

3 November 2026

Konvoi PETRONAS Sprinta 2026 Himpun Lebih 700 Penunggang!

Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2026 yang masuk tahun keempat penganjuran mencatatkan penyertaan paling ramai setakat ini apabila lebih 700 penunggang motosikal daripada pelbagai komuniti dan jenama mengambil bahagian.

Penganjuran kali ini menyaksikan penyertaan pelbagai jenis jenama motosikal myang hadir seperti termasuk Harley-Davidson, Ducati, BMW, Yamaha, Honda, Suzuki dan Kawasaki.

Perhimpunan ini bukan sekadar menghimpunkan penunggang daripada pelbagai jenama tetapi menjadi tempat untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti dua roda. Walaupun hadir dengan jentera dan kapasiti enjin berbeza, semua peserta berkongsi minat yang sama terhadap dunia motosikal dan sukan permotoran.

Untuk edisi 20267, konvoi memulakan perjalanan dari PETRONAS Cyberjaya sebelum bergerak secara berkumpulan menuju ke Litar Antarabangsa Sepang. Pergerakan peserta turut diiringi pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi memastikan perjalanan berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat. Aspek disiplin serta keselamatan jalan raya turut diberikan perhatian sepanjang perjalanan.

Setibanya di SIC, para peserta berpeluang mengunjungi Pavilion PETRONAS yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik sebelum menuju ke tempat duduk Main Grandstand untuk menyaksikan sendiri aksi perlumbaan PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026. Sudah tentu, peluang menikmati perlumbaan MotoGP secara langsung menjadi antara pengalaman yang paling dinantikan oleh setiap peserta.

Penganjuran konvoi ini terus membuktikan peranannya PETRONAS dengan komuniti motosikal tempatan. Peningkatan penyertaan kepada lebih 700 penunggang pada tahun ini juga memperlihatkan sambutan positif terhadap program berkenaan sambil mengukuhkan semangat persaudaraan dalam kalangan peminat motosikal tanpa mengira jenama, model mahupun kapasiti enjin. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.