Isu Terkini

Februari 2024

Warta Produk / 20 Disember 2021

GIVI Lancarkan B33NM & B45NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE. Harga dari RM283.00

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka di dunia, GIVI hari ini telah melancarkan koleksi boks simpanan terbaru “The ATLAS” (B33NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE & B45NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE). Pelancaran secara digital itu telah berlangsung di semua rangkaian platform sosial media GIVI Malaysia, bersama syarikat GIVI luar negara iaitu GIVI Vietnam dan GIVI Indonesia.

Pada 7 Disember yang lalu, Majlis Tontonan Media “The ATLAS” telah diadakan bersama wakil-wakil media tempatan dan social influencer yang bertempat di Dear Dino Villa, Cameron Highlands, Pahang. Konvoi bermotosikal ke Cameron Highlands bersama para media juga telah dianjurkan dan pelepasan konvoi tersebut telah diadakan di kilang GIVI Asia, Bukit Beruntung.

Turut serta dalam program konvoi motosikal tersebut adalah Pengarah Operasi Luar Negara GIVI Groups, Encik Joseph A. Perucca dan Pengurus Pemasaran GIVI Asia Sdn Bhd, Encik Samir Sharman. Sebagai tanda penghargaan dan sokongan para media serta social influencer terhadap GIVI, kesemua motosikal telah dilengkapi dengan boks simpanan terbaru tersebut iaitu “B45NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE”.

Dari kiri: En. On Hai Swee, En. Joseph A. Perucca dan En. Samir Sharman di majlis Tontonan Media.
Dari kiri: En. On Hai Swee, En. Joseph A. Perucca dan En. Samir Sharman di majlis Tontonan Media.

Aspek keselamatan merupakan tunjang utama GIVI dalam menghasilkan setiap produk keluaran yang berkualiti tinggi. Menerajui inovasi dan teknologi masa kini, boks ini telah dipatenkan dengan sistem Monolock. B33NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE sesuai untuk kegunaan praktikal seperti perjalanan harian, boks simpanan ini berkapasiti 33 liter dan boleh memuatkan sebuah topi keledar Modular.

Sentiasa mengutamakan kualiti dan keselamatan, boks ini telah dilengkapkan dengan panel pemantul cahaya (prismatic reflective) di bahagian hadapan boks agar penunggang lebih mudah dapat dilihat oleh kenderaan lain. Selain itu, ianya juga menampilkan sistem penguncian generasi masa kini, iaitu MICRO 3 LOCKING.

B45NM ATLAS MONOLOCK TOPCASE: Diperbuat daripada Polipropilena (PP) kelas tertinggi dengan saiz berkapasiti 45 liter yang cukup luas untuk memuatkan dua topi keledar Full-Face.

Boks simpanan ini dilengkapi dengan rekaan cangkerang bawah yang baharu dan kemasan corak sisi deko di bahagian atas penutup boks simpanan tersebut. Seperti B33NM, varian ini juga dilengkapkan dengan panel pemantul cahaya dan sistem penguncian Mikro 3.

GIVI "ATLAS" B33NM ditawarkan pada harga RM283.00 manakala model B45NM berharga RM445.00. Kedua-dua boks baru ini akan berada di pasaran mulai Februari 2022 di GIVI Point serta pengedar-pengedar sah GIVI di seluruh dunia. RR

Isu Pada

Januari 2022

Popular

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Artikel berkaitan

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Kamera Aksi Insta360 Ace Pro dan Insta360 Ace Dilancarkan

Disyorkan untuk anda

Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

Seorang penyelia syarikat penghantaran maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar beberapa ekor babi hutan yang bergelimpangan mati di tengah jalan dalam kejadian di Kilometer 15 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Ulu Bendul di sini awal pagi Jumaat.

Dari Litar

Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

Saingan kali ini lebih 'syiok' apabila Pecco diberi tentangan sengit oleh Marc Marquez yang dilihat sudah semakin memahami karaktor jenteranya.

Model Baru

Harley-Davidson Tobacco Fade 'Enthusiast Collection'

Untuk tahun ini, satu lagi siri Edisi Terhad telah diperkenalkan oleh Harley-Davidson (H-D) iaitu Tobacco Fade Enthusiast Collection untuk tiga model iaitu H-D Low Rider ST, Ultra Limited dan Tri Glide Ultra.

Dari Litar

SS600: Azroy Hakeem Bangkit Raih Kemenangan

Pelumba dari pasukan IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar meraih kemenangan di tempat pertama.