☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 30 November 2023

Kamera Aksi Insta360 Ace Pro dan Insta360 Ace Dilancarkan

Kemera aksi merupakan salah satu keperluan pasa masa kini, bukan sahaja bagi Vloggers malah bagi kita yang menunggang saban hari. Oleh itu, terdapat banyak kamera aksi di dalam pasaran, tetapi selain jenama gergasi GoPro yang menawarkan kamera-kamera yang canggih, terdapat juga Insta360. Insta360 telah melancarkan model-model baharu Insta360 Ace Pro dan Insta360 Ace.

Pendekatan unik untuk Insta360 ialah perisian penyuntingan yang mudah bagi memanfaatkan penjanaan media sosial. Perisian ini memberikan ciri pengeditan pantas dan mudah yang boleh dimuat naik dengan segera ke TikTok, Instagram dan Facebook dengan hanya menekan satu butang.

Ace dan Ace Pro dibina di atas asas yang sama, tetapi Ace Pro merupakan peranti yang unggul. Kedua-dua kamera mempunyai badan segi empat tepat dengan skrin sentuh berukuran 2.4 inci yang boleh diflip keluar. Sebagai kamera aksi, ia perlu lasak dan tahan lama, jadi Insta360 mengatakan bahawa ia kalis air sehingga 10 meter, tetapi Kit Menyelam meningkatkan ketahanan ini kepada 60 meter. Mereka juga menggunakan sistem pelekap magnetik yang bagus untuk aksesori, jadi mudah bagi anda untuk menala kamera pilihan anda, walaupun dengan sarung tangan.

Daripada sudut teknologi, versi Ace Pro telah dibangunkan dengan kerjasama pengeluar kamera terkenal Leica, dan menampilkan penderia (sensor) dari Leica dengan jarak fokus 16 milimeter. Penderia inilah membezakan Ace dan Ace Pro: Ace standard menggunakan sensor ½ inci dengan apertur f/2.4, dan Ace Pro mendapat sensor Leica 1/1.3 inci dengan apertur f/2.6. Ace merakam pada 6K pada 30 fps, manakala Ace Pro meningkatkan ini kepada 8K sinematik pada 24 fps. Kedua-duanya menyokong 4K pada 120 fps.

Meningkatkan lagi pengalaman pengguna ialah pemproses AI yang menawarkan ciri seperti AI Highlights, AI Wraps dan AI Selfie Stick Eraser. Ciri lain termasuk tangkapan video gerak perlahan, starlapse, timeshift, serta berbilang ciri boleh disesuaikan yang boleh diakses melalui menu tetapan. Ace dan Ace Pro juga boleh menangkap imej statik dengan kamera 48 megapiksel. Terdapat juga fungsi isyarat dan kawalan suara untuk pengalaman yang lebih lancar.

Insta360 Ace dan Ace Pro baharu juga dibezakan oleh bateri masing-masing. Ace standard mendapat bateri 1,700mAh dengan pengecasan pantas 15W, manakala versi Pro mendapat bateri 1,650mAh dengan pengecasan pantas 30W. Dari segi harga, Ace dijual pada harga USD449.99 (RM2,093.58), dan Ace Pro lebih mahal sedikit pada USD546.99 (RM2,544.87). Harga ini boleh naik dengan mudah semasa anda menambah aksesori, yang semuanya boleh dilihat di laman web rasmi Insta360.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.