☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Mei 2024

Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Blueshark, anak syarikat perintis Sharkgulf Technologies Group dan pengeluar skuter elektrik pintar di dunia iaitu Blueshark R1, mengumumkan pengembangan rangkaian pengedarnya di seluruh Malaysia. Penambahan jumlah pengedar seluruh negara ini akan meluaskan jangkauan Blueshark dalam menawarkan pengalaman menunggang buat pelanggan dan pada masa yang sama meningkatkan tahap penggunaan elektromobiliti termaju di utara, selatan tanahair termasuk di Malaysia Timur.

"Kami memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pengembangan jenama ini. Pertama sekali dengan pengembangan Rangkaian Penukaran Bateri iaitu BlueStation ke 15 lokasi di seluruh Lembah Klang diikuti oleh pengembangan jumlah pengedar kami kepada lebih 30 pengedar di 50 buah cawangan tambahan di lapan negeri di seluruh Malaysia. Akan hadir ke pasaran lebih banyak lagi pengedar dan cawangan. Yang penting, ini meluaskan liputan kami di seluruh negara, termasuk di Malaysia Timur dan menjadikan Blueshark tersedia kepada seramai mungkin penunggang. Saya adalah gembira kerana kehadiran kami kini lebih luas dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi," kata CEO Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, En. Jeff Chong.

Untuk meraikan kejayaan ini bersama-sama penunggang di seluruh Malaysia, Blueshark turut melancarkan Kempen Tunggag-Uji di seluruh negara yang bertujuan untuk turut mengalu-alukan penglibatan pengedar baharu. “Ride4Free Nationwide Test-Ride Festival” diadakan dari 15 Mei hingga 30 Jun di pusat pengedar terpilih, Blueshark menyasarkan untuk membolehkan orang ramai melihat dengan lebih dekat dan menguji kenderaan elektrik pintar Blueshark R1.

Pengunjung hanya perlu menaiki Blueshark R1 dan mengambil gambar dengannya, menyiarkan foto itu halaman Facebook mereka, 'LIKE' dan "FOLLOW' Facebook Blueshark. Para pengunjung juga dikehendaki memasuki halaman FB pengedar untuk menerima topi Blueshark eksklusif.

Selain itu, setiap pengesahan pembelian Blueshark R1 akan melayakkan para pembeli mendapat tambahan RM400 dalam kredit Boost, sementara stok masih ada! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.