☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 30 April 2024

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-30 penubuhan GIVI Asia, pengeluar aksesori terkemuka itu telah melancarkan kotak simpanan aluminium terbaharu iaitu “THE MATTERHORN MONOLOCK TOP CASE”.

Tahniah GIVI Asia atas sambutan Ulang Tahun ke-30 tahun.
Tahniah GIVI Asia atas sambutan Ulang Tahun ke-30 tahun.

‘”THE MATTERHORN”- nama diambil bersempena dengan puncak gunung ikonik berbentuk piramid di Switzerland yang melambangkan keunikan, kekuatan dan ketahanan produk ini. Menerajui inovasi dan teknologi masa kini, “THE MATTERHORN” merupakan kotak simpanan aluminium pertama buatan Malaysia yang telah dipatenkan dengan sistem Monolock dan dibuat sepenuhnya menggunakan bahan aluminium berkualiti tinggi.

Kotak simpanan ini menawarkan ruang yang besar iaitu 39 liter. Rekaan ini sesuai untuk pemiliknya mengatur semua barangan keperluan harian dan pengembaraan serta mampu memuatkan sebuah topi keledar Modular.

Kotak simpanan aluminium yang telah diinovasikan kepada sistem Monolock ini sangat praktikal dan mesra pengguna buat semua penunggang motosikal. “Double-Hooked Locking System” merupakan ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan dalam setiap putaran kunci.

Ia merupakan inovasi sistem penguncian keselamatan terbaru yang direka bagi memudahkan penunggang motosikal untuk mengunci dan mengambil barangan dengan mudah apabila diperlukan.

Tampil dengan keistimewaannya yang tersendiri, kotak simpanan ini turut memperkenalkan “New CAM Opening System”. Menerusi sistem ini, penunggang perlu membuka kotak simpanan terlebih dahulu sebelum menanggalkannya daripada bahagian tapak (base plate) kotak simpanan jenis monolock seperti model M5M atau M7M.

Produk ini hadir menerusi dua kemasan iaitu MTN39A “Aluminium Finish” dan MTN39B “Black Painted”. Harga jualan untuk GIVI Matterhorn ialah di antara RM420-450 dan akan mula dipasarkan pada bulan Julai nanti. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.