☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 31 Disember 2023

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Pada September 2023, Yamaha merupakan salah satu pembuat motosikal yang membentuk kerjasama baharu dengan jenama CFMoto. Ketika itu apabila diumumkan, hanya sedikit sahaja maklumat tentang rancangan perkongsian itu didedahkan. Sememangnya, memandangkan reputasi mantap Yamaha dari segi kualiti dan inovasi, serta pendekatan agresif CFMoto untuk menangani pasaran global, adalah mudah untuk memahami mengapa pengumuman perkongsian itu melahirkan banyak spekulasi, termasuk samada CFMoto akan membuat motosikal Yamaha untuk pasaran global.

Yamaha Motor Europe bertindak balas terhadap semua spekulasi, dengan presiden syarikat Eric de Seynes menjelaskan bahawa usaha kerjasama antara CFMoto dan Yamaha merupakan aturan eksklusif untuk pasaran domestik China. "Perjanjian dengan CFMoto ini benar-benar usaha sama untuk menyokong pasaran China - yang sangat besar - dengan [model] Yamaha tertentu," kata de Seynes kepada Motorcycle News. Malah, pasaran motosikal China adalah antara yang terbesar di Asia, dan mengalami pertumbuhan yang amat pesat, khususnya di dalam segmen motosikal premium.

Usaha sama itu melahirkan syarikat baharu bernama Zhuzhou CF Yamaha Motor Co., Ltd, atau ZCYM. Menurut pengumuman Yamaha pada bulan September, CFMoto adalah pemegang saham majoriti dengan 50 peratus pemilikan syarikat baharu itu, manakala Yamaha adalah pemegang kepentingan minoriti sebanyak 44.23 peratus. Tair Yea Limited, sebuah syarikat pegangan daripang Hong Kong yang memegang baki 5.77 peratus.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.