☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 April 2024

Harley-Davidson Tobacco Fade 'Enthusiast Collection'

Untuk tahun ini, satu lagi siri Edisi Terhad telah diperkenalkan oleh Harley-Davidson (H-D) iaitu Tobacco Fade Enthusiast Collection untuk tiga model iaitu H-D Low Rider ST, Ultra Limited dan Tri Glide Ultra.

Apa itu Tobacco Fade? Ia adalah satu rekaan bersempena 'gabungan' cukup menarik di antara budaya motosikal dan muzik rock 'n roll. Model ini dihasilkan dengan tumpuan teliti terhadap perincian yang mencerminkan nilai elegan dan nostaliga.

H-D Tobacco Fade Low Rider ST.
H-D Tobacco Fade Low Rider ST.

Warna 'Sunburst Tobacco' sering digunakan pada alat muzikal seperti gitar, bass dan dram ikonik. Antara rekaan atau pemilihan warna ini (Sunburst Tobacco) jelas dapat kita lihat daripada pelbagai model gitar seperti Les Paul, Ibanez Artcore, Tom Anderson, Gibson, Sandberg dan lain-lain lagi.

H-D Tobacco Fade Low Rider ST.
H-D Tobacco Fade Low Rider ST.

Kini, warna klasik popular tersebut disemadikan pada jentera H-D pula dan sudah pasti menawarkan bukan hanya spesifikasi enjin yang mantap tetapi rekaan luaran yang mengagumkan. Ketiga-tiga model H-D baru ini merupakan tawaran yang menarik buat pencinta muzik yang ingin menggabungkan nikmat menunggang, personaliti dan muzik.

H-D Tobacco Fade Low Rider ST hadir dengan enjin Milwaukee-Eight® 117, 1,923cc yang memiliki hantaran kuasa setinggi 103hp pada 4,750rpm dan tork 125Nm pada 3,500rpm. Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh model ini ialah sistem pencahayaan LED, panel meter LCD, kotak barang sisi, sistem ekzos berkembar, kerangka jenis keluli tahan karat dan kotak gear 6-kelajuan.

H-D Tobacco Fade Low Rider ST.
H-D Tobacco Fade Low Rider ST.

H-D Tobacco Fade Ultra Limited pula merupakan antara pengeluaran yang cukup mewah dan istimewa. Enjin Milwaukee-Eight™ 114 bersesaran 1,868cc ini berkuasa 93hp pada 5,020rpm dan tork 163Nm pada 2,750rpm. Model ini menawarkan keselesaan optimum untuk penunggang dan pembonceng. Antara yang menarik ialah lampu-lampu LED, sistem audio Boom!™ Box GTS, panel meter TFT (touchscreen) beserta sistem navigasi dan sistem Assist & Slip Clutch.

H-D Tobacco Fade Ultra Limited.
H-D Tobacco Fade Ultra Limited.
H-D Tobacco Fade Ultra Limited.
H-D Tobacco Fade Ultra Limited.

H-D Tobacco Fade Tride Glide Ultra sudah tentu model yang paling besar, paling unik dan paling istimewa. Model ini merupakan sebuah jentera kembara tiga tayar yang dilengkapkan dengan ruang simpanan barang yang sesuai untuk pengembaraan jarak jauh. Ia didatangkan dengan enjin Milwaukee-Eight® 114 1,868cc berkuasa 93hp pada 5,020rpm dan tork 163Nm pada 2,750rpm.

H-D Tobacco Fade Tride Glide Ultra.
H-D Tobacco Fade Tride Glide Ultra.
H-D Tobacco Fade Tride Glide Ultra.
H-D Tobacco Fade Tride Glide Ultra.

Model Tride Glide Ultra menawarkan posisi menunggang yang selesa dan dimantapkan lagi dengan sistem infotainment terkini yang menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan.

H-D Tobacco Fade Tride Glide Ultra.
H-D Tobacco Fade Tride Glide Ultra.

H-D melengkapkan model ini dengan panel meter TFT 6.5" (touchscreen), sistem auto Cruise, sistem Assist & Slip Clutch, sistem Reverse Gear, sistem navigasi, sistem ABS, lampu-lampu LED, Rider & Passenger Intercom, sistem Traction Control, sistem Drag-Torque Slip Control dan banyak lagi. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.