☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 April 2024

SS600: Azroy Hakeem Bangkit Raih Kemenangan

SS600 - Perlumbaan 1 pusingan 2 IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship 2024 untuk kategori SS600 ditawan oleh pelumba pasukan IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar.

Dalam sesi kelayakan tuah diberikan kepada Mohammad Adenanta Putra dari Astra Honda Racing Team selepas mencatatkan masa terpantas 1’36:890s untuk meraih petak pertama. Pelumba Negara, Azroy meraih petak kedua selepas mencatatkan masa 1’37:069s diikuti Apiwath Wongthananon dari pasukan Yamaha Tekhne Racing Team Asia di petak ketiga.

Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Azroy terus memecut kehadapan untuk berada di kedudukan pertama. Namun, Apiwath berjaya memintasnya setibanya di selekoh kedua. Azroy terus mengatur strategi untuk bersaing dengan pelumba Yamaha itu.

Para pemenang SS600 (perlumbaan 1) dari kiri: Apiwath, Azroy & Helmi.

Persaingan di antara Azroy dan Apiwath memang cukup sengit. Kedudukan P1 saling bertukar-tukar. Walaupun mendapat tekanan daripada Apiwath, Azroy tetap berusaha untuk merampas semula kedudukan pendahulu sepanjang perlumbaan.

Pada pusingan kelima, kemalangan melibatkan Rheza Danica Ahrens dari Astra Honda Racing Team memberikan peluang buat Thanat Laoongplio dari Honda Racing Thailand naik ke kedudukan kelima.

Perlumbaan semakin mencabar. Azroy tetap bertahan dengan yakin walaupun dicabar oleh Apiwath yang cuba memintasnya. Walaubagaimanapun, Azroy berjaya menamatkan perlumbaan di tangga pertama dengan 19’36:159s diikuti rapat oleh Apiwath (19’36:542s) dan Muhammad Helmi Azman rakan sepasukan Azroy berada di tempat ketiga dengan catatan masa 19’39:194s. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).