☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 22 Februari 2024

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Tular di beberapa laman web terdapatnya panggilan ‘product recall’ bagi tiga model Suzuki bersesaran 250cc di India iaitu Gixxer 250, Gixxer 250SF dan V-Strom 250SX. Kerosakan yang dikenal pasti selepas proses diagnosis adalah berkaitan dengan enjin, khususnya di bahagian 'camshaft' yang menyebabkan enjin terhenti secara tiba-tiba. Memandangkan ketiga-tiga motosikal yang disebutkan itu menggunakan enjin 249cc yang sama, maka 'product recall' untuk ketiga-tiganya terpaksa dilakukan.

Namun begitu, masalah tersebut tidak perlu dirisaukan oleh para pemilik model-model sama di Malaysia. Pihak Suzuki Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa 'product recall' tersebut tidak melibatkan model Gixxer 250 dan Gixxer 250SF yang dipasarkan di negara ini. Para pemilik kedua-dua model tersebut tidak harus bimbang disebabkan ia adalah model pemasangan tempatan (CKD) dan pihak Suzuki Malaysia juga sentiasa mengutamakan aspek keselamatan demi kepuasan para pelanggannya. RR

Untuk maklumat lanjut. layari: http://[email protected]

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).