☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 September 2020

Sesi Temubual Ringkas Bersama Fabio Quartararo

Fabio Quartararo (FQ) merupakan seorang pelumba yang berasal dari Perancis, namun begitu dia telah berpindah ke Sepanyol agar mendapat lebih banyak peluang untuk memajukan diri. Dia mula mencipta nama sebagai pelumba berbakat sejak dari kecil lagi dan telah pun meraih banyak kemenangan hingga ke saat ini.

Dari motosikal mini, Fabio kini mencipta namanya dalam perlumbaan kelas prima yang berpotensi tinggi. Tahun 2020 ternyata memberi sinar buat dirinya untuk meraih kedudukan yang jauh lebih baik berbanding tahun lalu. Pelumba berumur 21 tahun ini memiliki keazaman dan visi yang jelas tentang masa depannya dalam sukan motosikal yang begitu dia cintai.

RR: Bilakah kali pertama anda menaiki motosikal?

FQ: Saya mula menunggang motosikal ketika berusia empat tahun.

RR: Bilakah anda menyertai perlumbaan motosikal dan kali pertama menjadi juara?

FQ: Secara teknikalnya ialah sewaktu berumur empat tahun dan kemenangan pertama buat saya ialah dalam kejuaraan FIM CEV pada tahun 2013 ketika berumur 14 tahun. Kejayaan itu saat penting dalam karier saya sebagai pelumba motosikal.

RR: Bilakah anda meraih kemenangan pertama di luar Sepanyol?

FQ: Jika diikutkan, kemenangan itu saya kecapi dalam persaingan Moto2 di Jepun pada tahun 2018 tetapi sayangnya ia telah dibatalkan atas sebab teknikal.

RR: Apakah perasaan anda berlumba di litar tanpa kehadiran para penonton?

FQ: Ketika berlumba, saya tidak begitu memberi perhatian kepada keadaan sekeliling kerana tumpuan hanya pada tunggangan dan persaingan tetapi apabila perlumbaan sudah tamat, barulah terasa rindunya mendengar sorakan serta sokongan para peminat.

RR: Sebagai pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, anda juga kini boleh dikatakan sebagai pelumba Malaysia dan pastinya sudah beberapa kali datang ke sini. Apakah yang anda suka tentang Malaysia?

FQ: Jujurnya kesempatan untuk ke pusat bandar agak terhad, dalam dua tiga hari tetapi kesempatan itu saya akan gunakan sebaik-baiknya. Suka makanan di sini serta suasana di Menara Kembar Petronas KLCC. Saya juga agak sedih dengan pembatalan pusingan MotoGP Sepang kerana ia adalah umpama 'home racing’ buat saya kerana banyak mendapat sokongan di sana.

RR: Bagaimana pula dengan makanan kegemaran?

FQ: Saya suka sushi... masakan dari Jepun, Itali dan semestilah Perancis.

RR: Apakah sasaran anda pada tahun ini?

FQ: Sasaran awal ialah untuk memberi keputusan yang baik di setiap pusingan, pungut sebanyak mata yang mampu dan cuba mencari tempat di podium seterusnya meraih juara keseluruhan.

Selepas lima pusingan, Fabio semakin melangkah jauh ke hadapan dengan dua kali menjadi juara, sekali di tempat ketujuh dan sekali di tempat kelima dengan jumlah mata keseluruhan sebanyak 67 mata. Gaya tunggangan dan semangat waja pelumba ini telah membawa pasukan PETRONAS Yamaha SRT ke kedudukan lebih istimewa. Selamat Maju Jaya! RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.