☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2016

Kawasaki CBU Ride 2016 Ke Perlis Indera Kayangan

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd telah menganjurkan konvoi khas untuk para pemilik model CBU pada bulan September lalu. Ekspedisi ini merupakan antara program tahunan yang mendapat sambutan hangat daripada pelanggan mereka setiap kali ia diadakan.

Kali ini, CBU Ride berkonvoi ke negeri yang terletak di utara tanah air, Perlis Indera Kayangan. Konvoi disertai oleh lebih 50 buah motosikal pelbagai model Kawasaki yang terdiri daripada GTR1400, Z1000, Z1000SX, ZX10-R dan ZX6R. Konvoi dilepaskan di ibu pejabat Kawasaki Glenmarie, Shah Alam oleh En. Awalludin Mohammed Lip, Pengurus Kanan Perancangan & Pemasaran KMSB dan DSP Tuan Sahimi Mansor, Ketua Trafik Selangor pada jam 8.30 pagi.

Sumbangan ikhlas daripada KMSB.
Sumbangan ikhlas daripada KMSB.

Hari pertama (23 September):

Sebanyak 20 buah motosikal melakukan perjalanan menuju ke utara yang mengambil masa selama 7 jam. Di pertengahan perjalanan, mereka disambut dan disertai oleh peserta utara di Juru, Pulau Pinang untuk dibawa ke restoran Mak Tok yang terletak di Sungai Dua. Restoran ini menyajikan makanan kampung yang begitu enak sekali seperti kari kepala ikan, sup tulang, ulam-ulaman, makanan laut dan pelbagai jenis lauk-pauk yang menyelerakan. Para peserta menjamu selera dengan asyik sekali.

Berehat sebentar untuk mengisi perut.
Berehat sebentar untuk mengisi perut.

Selesai solat Jumaat, konvoi kemudiannya bergerak menuju Perlis dengan cermat dan teratur. Di Changlun, konvoi sekali lagi disertai oleh para peserta Kedah dan Perlis menjadikan jumlah motosikal semakin bertambah sehingga 50 buah. Peserta utara mengetuai konvoi sehingga ke tempat penginapan di Hotel Regency, Kangar sekitar jam 4.30 petang.

Aktiviti pada petang itu adalah bebas. Sesiapa yang membawa pasport, sempat mereka berkunjung ke negara jiran iaitu Thailand untuk membeli-belah. Manakala peserta yang lainnya berpakat untuk menjamu selera dengan makanan laut di Kuala Perlis. Ada yang makan laksa, ikan bakar, satay dan bermacam-macam lagi.

Nampak sedap dan lazat sekali.
Nampak sedap dan lazat sekali.

Hari kedua (24 September):

Seawal jam 8.30 pagi, para peserta sudah bersedia di atas motosikal masing-masing. Hari ini mereka dibawa mengunjungi Teratak Rahmat yang terletak di Jalan Mata Ayer, Kangar. Teratak ini adalah rumah anak-anak yatim dan asnaf yang didiami oleh 50 orang anak yatim dan diselia oleh empat orang sukarelawan.

Yeaaaa... dapat naik motor besar!!
Yeaaaa... dapat naik motor besar!!

Setibanya konvoi di perkarangan Teratak Rahmat, peserta disambut oleh Ustaz Muhamad Ihsan. Dia adalah salah seorang sukarelawan yang menjaga dan menguruskan anak-anak yatim di sini. Ini adalah kali pertama mereka menerima kunjungan dari para pemilik motosikal berkuasa tinggi. Para penghuni juga amat teruja dengan deruman enjin yang memecahkan suasana sunyi pada pagi itu.

Acara kerusi muzik memang kelakar habis...
Acara kerusi muzik memang kelakar habis...

Antara aktiviti yang diadakan untuk memeriahkan dan menceriakan anak-anak yatim adalah permainan boling sengkuang. Para peserta konvoi bersama anak-anak yatim dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pelbagai aksi mencuit hati antara peserta dan anak-anak yatim ketika permainan ini dijalankan. Permainan seterusnya adalah pertandingan makan buah epal dan permainan kerusi muzik. Selepas bermain, setiap anak-anak yatim begitu gembira kerana diberi peluang untuk memilih sendiri hadiah yang disediakan oleh KMSB.

Berinteraksi bersama anak-anak yatim.
Berinteraksi bersama anak-anak yatim.
Inilah masanya nak bergaya dengan superbike Kawasaki.
Inilah masanya nak bergaya dengan superbike Kawasaki.

Wakil KMSB, En. Ahmad Radzi menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Ustaz Muhamad Ihsan yang bernilai RM2,506.00. RM1,000 adalah sumbangan KMSB manakala selebihnya adalah hasil kutipan kilat daripada para peserta.

Laksa utara memang sedap sekali.
Laksa utara memang sedap sekali.
Cenderahati menarik daripada KMSB.
Cenderahati menarik daripada KMSB.

“Kami seronok bersama anak-anak Teratak Rahmat. Bermain dan makan bersama sedikit sebanyak dapat mendekatkan kami dengan mereka yang kurang bernasib baik. Ini adalah kali pertama pihak Kawasaki Malaysia mengadakan aktiviti seperti ini. Kami berharap, aktiviti menarik seperti ini dibuat sebanyak yang mungkin,” kata En. Hasbullah dari Shah Alam.

Gaya dah ada... dalam permainan boling sengkuang.
Gaya dah ada... dalam permainan boling sengkuang.
Pertandingan makan buah epal.
Pertandingan makan buah epal.

Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak ini adalah merasai pengalaman membonceng motosikal berkuasa tinggi. Wajah mereka mencerminkan keseronokan ketika dibawa mengelilingi sekitar kampung dan kemudian menikmati jamuan ringkas yang disediakan oleh KMSB.

Adik-adik di Teratak Rahmat diberi peluang memilih hadiah masing-masing.
Adik-adik di Teratak Rahmat diberi peluang memilih hadiah masing-masing.
Mari belajar membuat wau.
Mari belajar membuat wau.
Sesi demonstrasi cara nyalakan api di dalam hutan.
Sesi demonstrasi cara nyalakan api di dalam hutan.

Konvoi diteruskan ke UiTM Perlis untuk memeriahkan Karnival Keusahawanan & Kesenian Mahasiswa. Antara ruang pameran yang mendapat perhatian adalah bengkel membuat wau tradisional dan pameran ikhtiar hidup oleh agensi Tentera Darat Malaysia.

Selepas itu, konvoi berpecah untuk aktiviti bebas. Ada yang pergi 'pekena' laksa Kuala Perlis dan ada pula yang menyejukkan badan dengan membuat lawatan ke Gua Kelam untuk bermandi manda.

Pekena ikan bakar pula!
Pekena ikan bakar pula!
Pemenang paling bertuah, Riduan menerima jaket Kawasaki dari Jepun.
Pemenang paling bertuah, Riduan menerima jaket Kawasaki dari Jepun.

Majlis makan malam diadakan di Warung 3557 yang terletak di Kuala Perlis. Warung ini menyajikan makanan laut yang istimewa dengan pelbagai jenis masakan. Di sini juga para peserta dimeriahkan dengan hadiah cabutan bertuah. Keesokan harinya, para peserta pulang ke destinasi masing-masing dengan selamat dan kenangan yang manis. RR




 

Isu Pada

November 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.