☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Mac 2021

Perkeso, MMRA, Motowazi & GIVI bekerjasama demi keselamatan penunggang motosikal

Program Train The Trainer (TOT) dimulakan oleh PERKESO dan disokong oleh Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan (MMRA), MOTOWAZI, Ipoh Bikers, GIVI Malaysia dan SIC telah dianjurkan pada 16 hingga 18 Mac 2021 dengan tujuan untuk membantu bekas pelumba profesional negara dan pada masa yang sama meningkatkan kesedara pengguna jalan raya secara umum. Program ToT ini juga adalah peluang terbaik para pelumba untuk bagi menjana pendapatan tambahan dan pada masa yang sama memberi penekanan betapa pentingnya keselamatan jalan raya kepada pengguna jalanraya lain.

Pandemik Covid-19 ternyata telah menjejaskan kehidupan bekas-bekas pelumba ini kerana ramai di antara mereka yang bergantung sepenuhnya kepada industri perlumbaan sebagai sumber pendapatan utama. Dengan bantuan PERKESO, latihan TOT yang melibatkan 20 orang peserta itu diadakan selama 3 hari bermula dari 16-18 Mac 2021 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.

Menurut pengasas Motowazi, Tuan Haji Wazi Abdul Hamid, program ini diharapkan dapat menjaga kebajikan bekas-bekas pelumba bagi meneruskan kelangsungan hidup. Segala pengetahuan dan pengalaman boleh diterjemahkan untuk membantu kerajaan dalam program keselamatan jalan raya secara lebih efektif. Wazi menjalankan Program TOT ini bersama tenaga-tenaga pakar yang diundang khas dari PDRM, JPJ, Perkeso, Kawasaki, Modenas, Uitm dan Hospital Kuala Lumpur.

En. Azizan menerangkan cara-cara membuat pemeriksaan terhadap motosikal sebelum memulakan perjalanan.
En. Azizan menerangkan cara-cara membuat pemeriksaan terhadap motosikal sebelum memulakan perjalanan.

Antara pelumba yang telah mengesahkan penglibatan mereka adalah bekas pelumba GP 250 negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Shahrun Nizam Mohd Tamin, Azlan Shah Kamaruzaman, Ahmad Fazli Sham, Elly Edzlianizar dan ramai lagi.

Program yang dijalankan selama tiga hari itu mendedahkan cara-cara penyampaian dan perkongsian yang wajib diketahui oleh bakal tenaga pengajar. Walaupun ilmu tunggangan ini telah pun diketahui oleh para pelumba 'otai' (peserta) yang hadir, tetapi kebanyakannya hanya sesuai dalam dunia perlumbaan. Ia amat berbeza dengan tunggangan biasa. Dengan adanya beberapa wakil dari pihak Perkeso, para peserta telah diberikan teknik terbaik untuk membuat penyampaian yang berkualiti kelak.

Syahrol Yuzi mengendalikan jentera dengan tenang.
Syahrol Yuzi mengendalikan jentera dengan tenang.
Ahmad Fazli Sham mempraktikkan gaya tunggangan dengan tepat.
Ahmad Fazli Sham mempraktikkan gaya tunggangan dengan tepat.

Antara isu keselamatan yang dibincangkan adalah seperti pengurusan sistem jalan raya, kepentingan mengenal jentera, tindakan kecemasan, bagaimana elakkan kemalangan, persediaan sewaktu menunggan, cara menunggang dengan betul dan banyak lagi. Di penghujung program, para peserta akan menerima sijil pengiktirafan yang melayakkan diri mereka sebagai tenaga pengajar. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.