Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2019

PETRONAS Lakar Sejarah!

Satu lagi detik sejarah buat negara telah dilakar dengan sempurnanya di majlis pelancaran pasukan MotoGP pertama negara iaitu PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) pada 28 Januari lalu. Di majlis tersebut Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh turut melancarkan liveri yang memaparkan logo dan warna PETRONAS pada jentera-jentera yang bakal beraksi. Rekacorak serba baru ini telah 'dipamerkan' buat pertama kalinya semasa ujian 'Winter Test' di Litar Antarabangsa Sepang pada awal Februari lalu.

Adalah sesuatu yang amat membanggakan apabila inilah pasukan pertama di Asia Tenggara yang akan menyertai ketigatiga kategori iaitu MotoGP, Moto2 dan Moto3. Untuk kategori MotoGP, pasukan PETRONAS Yamaha SRT diwakili oleh pelumba Itali yang memenangi 2018 Rookie of the Year, Franco Morbidelli. Pelumba berusia 24 tahun itu menunjukkan bakatnya yang luar biasa sejak mula-mula menyertai Moto2 pada tahun 2013 sehinggalah berjaya meraih tempat pertama pada tahun 2017 dengan kutipan 308 mata. Musim lalu, Franco menamatkan cabarannya dalam saingan kelas prima di tangga ke-15 dengan 50 mata.

Pelumba kedua yang mewakili pasukan PETRONAS Yamaha SRT ialah Fabio Quartararo dari Perancis yang baru berusia 20 tahun. Beliau yang baru sahaja 'dinaikkan pangkat' dari Moto2 ternyata memiliki kemampuan dan semangat juang yang tinggi. Pada tahun lalu, Fabio telah mempamerkan gaya tunggangan cukup mantap sejak dari awal musim. Konsistensi yang dimilikinya membolehkan dia meraih tangga ke-10 kategori Moto2 tahun lalu dengan 138 mata.

Tahniah buat pelumba negara, Khairul Idham Pawi (KIP) yang akan menggalas cabaran dalam Moto2. Ternyata pengalamannya yang sudah cukup luas dalam dunia perlumbaan mampu menjulang nama PETRONAS seperti mana yang pernah dia lakukan beberapa tahun lalu. Selepas menamatkan musim 2013 (Moto3) dengan penuh kenangan manis, KIP kemudiannya diserap untuk memberi cabaran dalam kategori Moto2 pada tahun 2017 dan 2018. Walaupun belum berjaya meraih podium, KIP terkenal sebagai pelumba yang tidak pernah mengaku kalah dan sentiasa memiliki keazaman tinggi untuk mencapai kejayaan.

Dalam kategori Moto3, pasukan PETRONAS SRT diwakili pelumba Jepun, Ayumu Sasaki dan John McPhee dari Scotland yang masing-masing berusia 18 dan 24 tahun. Ayumu mula bersaing dalam Moto3 pada tahun 2017 dan terus meraih gelaran Rookie of the Year dan pada tahun lalu, dia menamatkan saingan di tangga ke-20 dengan kutipan sebanyak 50 mata.

John McPhee pula antara pelumba senior dalam kategori ini. Dia mula bersaing pada tahun 2012 dengan pencapaian terbaiknya mendapat tempat ketujuh pada musim 2017 manakala tahun lalu di tangga ke-12 keseluruhan.

Pada hari bersejarah itu, Presiden PETRONAS dan CEO Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin menegaskan adalah satu kebanggaan buat PETRONAS dengan pelancaran pasukan tersebut dan ia juga saat penting buat industri sukan permotoran di Malaysia.

Beliau menambah: “Penglibatan PETRONAS dalam sukan permotoran telah berterusan untuk beberapa dekad melalui penyertaan kami dalam perlumbaan Formula 1 dan MotoGP. Kerjasama ini membuktikan penyertaan PETRONAS secara menyeluruh dari akar umbi di Cub Prix hinggalah ke peringkat antarabangsa seperti MotoGP, Moto2 dan Moto3. Ini semestinya akan memperkukuhkan jenama kami di peringkat global dan kerjasama teknologi khususnya dalam bidang bahan api dan pelincir.”

“Dengan PETRONAS Fluid Technology Solution, kami menyasarkan sumbangan kepada pasukan menerusi pembangunan dan ujian formula yang paling sesuai untuk peningkatan daya saingan.” Jentera: Yamaha YZR-M1 Selepas menjalani tiga hari sesi ujian dengan mencatat 2,128 kilometer bersama jentera mereka, kedua-dua pelumba iaitu Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo memberikan khabar positif untuk khemah pasukan PETRONAS Yamaha SRT. Franco berjaya menempatkan dirinya di antara 10 pelumba terpantas dengan catatan terbaik iaitu 1'59.141 saat pada lap kelapan dari 66 lap di hari terakhir.

Rakan sepasukannya, Fabio juga berjaya memecah halangan 2'00 dan menyempurnakan simulasi pertamanya bersama jentera MotoGP lebih daripada 18 lap. Fabio dan rakan sepasukan kemudiannya terus mendapatkan talaan terbaik pada saspensi hadapan agar dapat mempertingkatkan tahap tunggangannya ketika membrek dan mendapatkan laluan pada selekoh terakhir. Selepas menghabiskan 77 lap, pelumba baru tersebut berada di tangga ke-16. Tahniah untuk mereka.

Selepas Malaysia, pasukan PETRONAS Yamaha SRT berada di Qatar pula untuk satu lagi sesi ujian pada 23-25 Februari, dua minggu sebelum perlumbaan pertama dilangsungkan pada litar yang sama. RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Pelajar Maut

Yamaha Masuk Malaysia Autoshow? Ye ke? Lancar XMAX baru ke?

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha Masuk Malaysia Autoshow? Ye ke? Lancar XMAX baru ke?

Dengarnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan sertai pameran automotif, Malaysia Autoshow (MAS) 2025 yang bakal diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 9hb hingga 15hb Mei nanti.

Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Warta Roda

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan pengenalan kepada 3 warna terbaru untuk model Y16ZR ABS 2025. Warna-warna menarik tersebut terdiri ialah Fiery Red, Desert Steel dan Emerald Pearl.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).