☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Julai 2021

Honda Eropah Perkenal CMX1100 Rebel Kustom

Honda Motor Europe mempertontonkan dua buah jentera unik dari model CMX1100 Rebel (saudara terbaru untuk model kustom terlaris di Eropah, CMX500) yang memiliki karaktor yang garang, identiti tersendiri dan menarik. Kedua-dua model ini dihasilkan oleh pakar motosikal kustom iaitu FCR Original yang berpengkalan di Perancis.

Projek pengubahsuian asalnya dijadualkan untuk dipamerkan bersama 10 lagi jentera CB650R di festival Wheels and Waves tahun ini. CMX ‘Sport’ dan CMX ‘Bobber’ telah dirancang untuk menarik perhatian para pencinta motosikal khususnya Honda untuk melihat potensi jentera CMX1100 Rebel ini diubah menjadi hasil karya yang mantap.

CMX SPORT

Model ini direka untuk menonjolkan betapa praktikal dan keseronokan yang dimiliki oleh Rebel tetapi pada masa yang sama tetap garang dengan rupabentuk luaran yang sporty, berotot dan agresif.

Rekaan ini juga menampilkan kecemerlangan teknologi seperti DCR dan kejuruteraan yang sesuai untuk tunggangan harian tanpa perbezaaan umur dan jantina.

Lengan ayun diubahsikan menggunanakan penyerap hentak Ohlins yang dipadankan dengan rim 17inci dari CB659F dan tayar bersaiz 190/55-ZR17. Madgad depan direka baru manakala bar hendal model ini rata dan lebat untuk pengendalian yang lebih mudah manakala posisi panel meternya juga lebih mendatar.

Hasil imbasan 3D yang lengkap, pembinaan rekabentuk luaran model ini memang mengagumkan. Tangki dihasil menggunakan karbon-polister kustom khas (dengan pengisi aluminium), pelana unik dan sistem lampu-lampu LED. Tempat pemijak adalah buatan tangan – untuk menambah rasa jentera lumba manakala skima warna Hitam/Merah adalah lambang Honda sebenar.

CMX BOBBER diilhamkan oleh rekabenuk 'elemental' CMX1100 Rebel yang memiliki 'perasaan' kustom yang jelas ke aras gaya jentera bobber. Lengan ayun dan fork hadapan masih mengekalkan yang asal tetapi direndahkan sedikit di bahagian hadapan (25mm) dan disempurnakan dengan rim-rim berjejari dengan tayar-tayar yang gemuk.

Model ini didatangkan dengan bar hendal aluminium, pelana bersalut kulit, madgad hadapan alominium (dengan kemasan Mirrachrome) dan lampu hadapan berbentuk bulat.

Turut dilengkapkan pada CMX Bobber ialah lampu-lampu LED, tangki karbon-polister kustom khas, hadir dengan warna Biru Satin/Mirrachrome.

Info mengenai Honda CMX1100

Model ini direka untuk tunggangan yang santai yang menyeronokkan. CMX1100 dilengkapkan dengan enjin 1,084cc, silinder kembar berkuasa 87hp pada 7,000rpm dan tork 72lb-ft pada 4,750rpm yang sesuai untuk tunggangan di pelbagai jenis jalanan termasuklah di laluan berselekoh. RR


 

Isu Pada

September 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.