Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Oktober 2021

Miliki Skuter Vespa secara dalam talian di Dreamshop

Jenama skuter ikonik, Vespa Malaysia bekerjasama dengan laman platform e-dagang iaitu Dreamshop. Para pelanggan kini boleh mendapatkan skuter Vespa idaman mereka secara atas talian di http://www.dreamshop.com.my dengan pelan pembayaran mudah tanpa faedah 0% sehingga 36 bulan. Hasil kerjasama di antara dua belah pihak ini menandakan ketibaan Vespa dalam ruang e-dagang dengan memberikan kemudahan dan nilai membeli belah tambahan buat para pelanggan dalam talian.

“Satu tinjauan runcit baru-baru ini, Malaysia telah mendahului di kalangan negara Asia Tenggara dalam e-beli belah. Dreamshop merupakan laman platform e-dagang yang menawarkan pelbagai rangkaian produk. Kami amat teruja dapat memasarkan Vespa ikonik secara dalam talian di Dreamshop. Kami juga akan melancarkan 'Roadshow' di seluruh negara bersama Dreamshop dalam masa terdekat untuk berhubung dengan bakal pelanggan yang akan diberi peluang menunggang uji, pakej promosi istimewa dan pelbagai aktiviti yang menarik,” kata Pengurus Besar Didi Resources Sdn Bhd, En. Juan Chow Wee.

Terdapat 11 buah bank yang menawarkan pelan ansuran tanpa faedah 0% di http://dreamshop.com.my untuk pembelian skuter Vespa termasuklah Mybank, United Overseas Bank (UOB), CIMB Bank, HSBC Bank, Hong Leong Bank, Public Bank, RHB Bank, AmBank, Standard Chartered Bank, OCBC Bank dan Alliance Bank. Para pelanggan juga akan menikmati tawaran tambahan seperti berikut:

  • Rebat sebanyak RM200 buat pemegang kad RHB Bank untuk lima pembelian pertama Vespa di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0%. Promosi sah sehingga 15 April 2022. (Kod Promosi: RHB200)
  • Bagi pemegang kad AmBank akan menerima mata tambahan sebanyak 30% bagi setiap pembelian Vespa di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0%.
  • Ahli pemegang kad CIMB akan mendapat potongan RM10 dengan pembelanjaan minimum RM100. Promosi sah dari 1 November hingga 31 Disember 2021. (Kod Promosi: CIMB10).
  • Para pelanggang yang membeli Vespa dalam talian di Dreamshop akan menerima hadiah menarik yang bernilai RM300 seperti baju kemeja T Vespa, topi keledar Vespa dan rantai kunci Vespa.

Di bawah merupakan senarai harga ansuran untuk lima model Vespa yang kini tersedia dalam laman Dreamshop:

  1. Vespa Primavera 150 ABS - harga serendah RM486 sebulan
  2. Vespa Primavera S150 ABS - harga serendah RM515 sebulan
  3. Vespa Sprint 150 ABS - harga serendah RM498 sebulan
  4. Vespa Sprint S 150 ABS - harga serendah RM498 sebulan
  5. Vespa Sprint S150 TFT ABS - harga serendah RM586 sebulan

*Harga di atas adalah untuk Semenanjung Malaysia dan harga jualan tanpa insurans.

Vespa Malaysia dan Dreamshop juga akan menganjurkan jualan mega pada 30hb & 31hb Oktober 2021 di The LINC KL bersama The Artisans Haven yang juga merupakan platform e-dagang. The Artisans Haven adalah syarikat bersekutu Dreamshop yang fokus mempromosikan dan menyokong artis tempatan dan PKS. RR

Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Akid Aziz sertai pasukan VOGE AS25 Racing Team dalam saingan CP150.

Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.

Model Baru

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

AVETA terus mengembangkan raingkaianĀ keluarga Vanguard menerusi pengenalan baharu buatĀ skuter Adventure Touring Crossover (ATC) iaitu Vanguard 180.