Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 September 2022

Yamaha YZF-R25 & MT-25 Tampil Dengan Warna Serba Baru

Hong Leong Yamaha menampilkan Yamaha YZF-R25 yang hadir ke pasaran dengan warna serba baru menarik iaitu Orange Lynx dan Racing Blue.

Selain itu, terdapat juga beberapa ciri-ciri kemas kini lain yang menjadikan model 'sport' ini lebih menarik untuk dimiliki seperti sistem ABS dan lampu isyarat LED Tura.

YZF-R25 disempurnakan dengan enjin 249 cc, dua silinder, DOHC, sistem penyejuk cecair yang menawarkan hantaran kuasa 26.4 kW pada 12,000rpm dan tork 22.6 Nm pada 10,000rpm. Model ini ditsawarkan pada harga asas RM22,998 tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

Turut dikemaskan dengan warna baru iaitu Cyan Storm dan Icon Blue ialah MT-25. Jentera 'naked; ini akan dipasarkan bermula 22hb September 2022 pada harga asas sama seperti model R25 iaitu RM22,998 tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

Dari segi spesifikasi enjin, terdapat sedikit perbezaan jika dibandingkan MT-25 dengan R25. Model ini didatangkan dengan enjin dua silinder, 249cc, DOHC yang memiliki kuasa maksimum 26.4 kW pada 12,000rpm dan tork 22.6 Nm pada 10,000 rpm.

Setiap pembelian untuk kedua-dua model YZF-R25 dan MT-25 akan menerima kunci keselamatan brek cakera yang bernilai RM100. RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900