☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Januari 2023

Kenderaan Polis yang Diletakkan di Parkir Motosikal Disaman

Sebuah kenderaan polis Kontinjen Johor telah disaman oleh Polis Daerah Hulu Selangor kerana diletakkan di kotak parkir motosikal di Kuala Kubu Bahru.

Ketua Polis Daerah tersebut, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya mengesan hantaran berhubung perkara itu melalui laman Facebook 'Kuala Kubu Bharu Resident'.

Beliau berkata, seorang pengguna laman sosial itu memaparkan kenderaan terbabit, yang dipercayai menyalahi peraturan lalu lintas, "Hasil semakan yang dijalankan mendapati kenderaan berkenaan datang ke Kuala Kubu Bharu di atas urusan rasmi.

"Justeru itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor mengeluarkan saman trafik ke atas kenderaan itu di bawah kesalahan halangan lalu lintas mengikut Kaedah Lalu Lintas 16(1) LN 166/59," katanya dalam satu kenyataan.

Suffian berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap kesalahan yang dilakukan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnyaa. Pada masa sama, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menularkan kejadian itu, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.