☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Januari 2023

BMW Motorrad International GS Trophy 2024 akan diadakan di Namibia

Cabaran BMW Motorrad International GS Trophy 2024 akan diadakan di Namibia, benua Afrika.

Edisi yang ke-9 ini mengikuti tradisi kejuaraan ini yang diadakan di beberapa negara yang mempunyai suasana alam yang cantik serta mencabar, seperti di Albania pada 2022, New Zealand pada 2020, Mongolia pada 2018, Thailand pada 2016, Kanada pada 2014, Argentina pada 2012, Swaziland pada 2010, dan 2008 di Tunisia. Edisi 2008 itu merupakan permulaan GS Trophy.

Kejuaraan kali ini akan menyaksikan aksi 22 pasukan dari seluruh dunia, dengan 60 penunggang (termasuk wakil media negara-negara yang melayakkan diri). Enam daripada jumlah pasukan itu merupakan pasukan wanita. Kesemua peserta ini dipilih melalui pusigan kelayakan di tahap negara dan rantau. Sebagai contoh, pasukan-pasukan daripada Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam akan merebut tempat untuk mewakili rantau Asia Tenggara.

BMW Motorrad menekankan bahawa International GS Trophy ini bukan sejenis perlumbaan jenis rali off-road. Sebaliknya, ia mencabar peserta-peserta daripada beberapa segi seperti tunggangan teknikal, kerjasama di antara peserta pasukan, kemahiran membaca peta dan GPS, serta cara-cara memaksimumkan keupayaan motosikal BMW yang ditunggang.

Kesemua peserta mestilah pemilik motosikal BMW. Peserta yang pernah mewakili negara atau rantau masing-masing tidak dibenarkan untuk mengambl bahagian lagi agar memberikan peluang kepada penunggang-penunggang lain untuk mendapatkan pengalaman mengambil bahagian di dalam BMW Motorrad International GS Trophy.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.