☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Februari 2023

Ural Motorcycles Buka Kilang Baru Di Kazakhstan

Ural Motorcycles kini dalam fasa terakhir untuk melengkapkan fasilitinya di kilang terbaru mereka yang bakal beroperasi di Petropavlovsk, Kazakhstan. Fasa terakhir tersebut merangkumi ketibaan infrastruktur pemasangan, pengisian rak gudang dengan alat ganti dan komponen-komponen yang diperlukan.

Ural Red Sparrow.
Ural Red Sparrow.
Ural Sahara.
Ural Sahara.

Kami memindahkan beberapa lekapan pemasangan lama (diperbaharui) dari Irbit, Rusia. Namun begitu, kebanyakan peralatan seperti alat pertukangan, bangku kerja, pemampat, 'terowong' kawalan kualiti dan beberapa bahagian lain adalah serba baharu.

Penghantaran alat ganti telah berjaya dilakukan dari Kazakhstan ke IMWA di Redmond. Kilang Ural kini sedang menyusun dua penghantaran udara besar untuk memenuhi pesanan dan waranti jaminan. Kami juga bersiap sedia untuk menggunakan cara 'biasa' membekalkan alat ganti kepada pengedar kami. Kami menerima dua penghantaran pertama bahagian pengeluaran daripada pembekal Asia kami di Petropavlovsk minggu lepas.

Ural Gear Up 2023.
Ural Gear Up 2023.

Kami sangat hampir untuk memulihkan sepenuhnya semua logistik yang masuk. Paling penting: trak pertama yang membawa set pemasangan motosikal telah tiba di IMZ-Kazakhstan dari Irbit. Kami menjangkakan penghantaran kedua dari Irbit akan tiba di Kazakhstan minggu depan.

Pasukan pekerja dari Irbit akan ke Petropavlovsk untuk membantu proses pemasangan untuk pengedaran motosikal beberapa hari akan datang. Jika semuanya berjalan lancar, kami menjangkakan penghantaran pertama dari kilang baru ini akan berlepas sekitar 25 Julai 2023 nanti. Ia akan menuju ke AS dengan ketibaan dijangka pada awal hingga pertengahan September diikuti Eropah dan Jepun. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.