☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Februari 2023

CFMOTO 800NK telah Didedahkan

Gambar-gambar rasmi untuk motosikal CFMoto 800NK telah didedahkan kepada khayalak ramai akhirnya, setelah konsepnya didedahkan julung kalinya pada bulan September sebelum ditontonkan secara terbuka di EICMA tahun lalu.

Seperti biasa, model-model konsep CFMoto menunjukkan kepelbagaian komponen yang menggiurkan, seperti lengan ayun sebelah, fork Ohlins, ekzos SC Project, serta rekabentuk yang futuristik, tetapi ditukar kepada jenis yang lebih konvensional bila di tahap produksi. Namun, model produksi bagi CFMoto 800NK ini ternyata tidak menghampakan.

Model ini menggunakan enjin yang dikongsi bersama CFMoto 800MT, tetapi enjin ini sebenarnya merupakan trenkuasa KTM LC8c yang digunakan oleh model KTM 790 Duke R dan 790 Adventure. Ini kerana CFMoto-lah yang membuat enjin tersebut serta yang bagi KTM 890 Duke R dan 890 Adventure. Oleh yang demikian, enjin yang digunakan oleh 800NK ini menghasilkan 100.8hp pada 9,000 RPM dan 81Nm pada 8,000 RPM. Namun, kelajuan maksimum yang didedahkan ialah "hanya" 220km/j. Tetapi ingat, ini hanya bagi pasaran China buat masa kini.

Pembuat tersebut juga mendedahkan beberapa spesifikasi yang lain. Antaranya, keberatan basah (sedia ditunggang) motosikal ini hanya 186kg. Untuk perbandingan, model 800MT untuk touring mempunyai keberatan 231kg. Justeru 800NK lebih ringan daripada 800MT sebanyak 45kg!

Daripada segi rekabentuknya pula, ia memaparkan gaya futuristik yang agak menarik. Anda harus ingat bahawa model-model CFMoto direkabentuk oleh KISKA yang juga merupakan perekabentuk bagi KTM.

Seperti yang kami nyatakan tadi, CFMoto belum menyuarakan rancangan untuk menjualnya di pasaran dunia. Sama-sama kita nantikan berita lanjut.

Isu Pada

Mac 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.